Isnin, 31 Mei 2010

MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT PERGURUAN KAMPUS RAJA MELEWAR , SEREMBAN TAHUN 2010

Tarikh : 3 - 4 Jun 2010
Hari : Rabu - Khamis
Tempat : Institut Perguruan Kampus Raja Melewar

Pn. Shawarillah bt. Sabtu dan Pn. Siti Nurafna bt. Muhammad Reduan adalah dua orang guru dari SK Mendum yang akan menerima sijil perguruan di Majlis Konvokesyen kampus tersebut. Tahniah diucapkan dan kami doakan semoga mereka terus berjaya dalam bidang pendidikan.

PERJUMPAAN GURU SK MENDUM 2/2010

Tarikh : 01 Jun 2010
Hari : Selasa
Masa : 1.05 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Mendum
Semua guru diminta hadir tanpa sebarang keuzuran. Selamat menghadiri perjumpaan tersebut.

Isnin, 24 Mei 2010

LAWATAN PPIM KE HUTAN LIPUR LENGGENG

Tarikh : 02 Jun 2010
Hari : Rabu
Masa : 12.45 petang - 2.05 petang
Satu lawatan ke Hutan Lipur Lenggeng akan diadakan oleh Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Mendum bertujuan menjalankan aktiviti melukis poster alam semulajadi, mencatat atau merakam gambar-gambar flora dan fauna serta mempelajari ikatan. Aktiviti ini merupakakan salah satu aktiviti daripada pelbagai aktiviti yang termasuk dalam Penilaian PPIM. Lawatan ini melibatkan seramai 29 pelajar beserta 8 orang guru. Peserta akan ke sana dengan menaikki kenderaan guru pembimbing dan pengiring. Semoga aktiviti ini akan memberi pengalaman baru dan berharga kepada para peserta.

Sabtu, 22 Mei 2010

BENGKEL PEMURNIAN SOALAN AKHIR TAHUN DAN PERCUBAAN UPKK 2010

Tarikh : 22 - 23 Mei 2010 (Pendaftaran 7.30 pagi)
Tempat : Golden Strait Villa,Port Dickson
Anjuran : Unit KAFA & SAR, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

Bengkel ini telah dihadiri oleh guru-guru penggubal soalan peperiksaan yang telah dilantik seramai 5 orang bagi setiap daerah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan terdiri daripada Guru Pendidikan Islam KPM & Guru Sekolah Agama Rakyat. Wakil dari setiap daerah ditugaskan mengubal satu matapelajaran bagi tahun 1 - 5. Daerah Seremban ditugaskan menyediakan soalan pelajaran Bahasa Arab. Seorang Guru Pendidikan Islam SK Mendum merupakan salah seorang penggubal soalan yang dilantik dan terlibat dalam bengkel ini.

Khamis, 20 Mei 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

Tarikh : 24 - 27 Mei 2010 (Isnin - Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 12.35 tengahari / 1.05 petang
Tempat : Tahun 1 & 2 (kelas masing-masing) / Tahun 3, 4 , 5 & 6 (Dewan SK Mendum)
Semua pelajar diwajibkan hadir bagi menduduki peperiksaan ini. Selamat menjawab dan semoga berjaya.

MESYUARAT PELAPORAN KHATAM AL-QUR'AN SEKOLAH-SEKOLAH PROGRAM j-QAF KOHORT 2005

Tarikh : 20 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Ampangan ,d/a : SK Ampangan
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ustaz Yusri bin Mohd Akhir, Penolong Pengarah j-QAF Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.Mesyuarat ini membincangkan format untuk mengenal pasti tahap penguasaan sebenar bacaan Al-Qur'an pelajar-pelajar tahun 6 di sekolah-sekolah program j-QAF kohort 2005. Seorang Guru Pendidikan Islam SK Mendum telah dilantik menjadi Jurulatih Utama ICT/e-Pelaporan Program j-QAF dan turut terlibat dalam mesyuarat kali ini.

Selasa, 18 Mei 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL

Tarikh : 19 Mei 2010
Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Tempat : Padang SK Mendum
Perlawanan ini disertai oleh pasukan futsal SK Mendum, SK Ulu Beranang, SK Daching dan SK Dato' Klana Putra. Perlawanan ini adalah sebagai persediaan bagi menghadapi Kejohanan Futsal Piala ADUN Lenggeng yang akan berlangsung pada 23 Mei 2010, Ahad bertempat di Padang Awam Kg. Rawa, Lenggeng.SK Mendum turut bekerjasama dengan Persatuan Belia Kg. Mendum bagi menyertai pertandingan ini.

Keputusan : SK Mendum 2 - 3 SK Dato' Klana Putra
SK Dato' Klana Putra 1 - 3 SK Ulu Beranang
SK Mendum 2 - 3 SK Ulu Beranang

Jumaat, 14 Mei 2010

SUKANEKA SK MENDUM TAHUN 2010

Tarikh : 11 Mac 2010
Masa : 7.30 pagi - 1.05 petang
Tempat : Padang SK Mendum
Tetamu : Ketua Kampung Kg. Mendum & YDP PIBG SK Mendum
Perasmian Penutup : Ketua Kampung Kg. Mendum
Juara Keseluruhan : Rumah Biru


KEJOHANAN FUTSAL PIALA ADUN LENGGENG

Tarikh : 23 Mei 2010
Tempat: Padang Awam Kg.Rawa, Lenggeng
Pasukan Futsal SK Mendum menyertai kejohanan ini.

PERTANDINGAN MENGARANG PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2010

Tarikh : 15 Mei 2010
Tempat: SK Tuanku Abdul Rahman, Gemas
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Seorang pelajar Tahun 6 SK Mendum, Nur Amirah bt. Fauzi telah mewakili Daerah Seremban 1 ke pertandingan tersebut.Sebelum ini beliau telah meraih naib johan ketika menyertai Pertandingan Mengarang Daerah Seremban 1. Ini melayakkan beliau mewakili Daerah Seremban 1 ke pertandingan tersebut bersama pelajar yang meraih gelaran johan pada pertandingan yang sama. Tahniah. Semoga terus maju dan berjaya.

PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH SEREMBAN TAHUN 2010

Tarikh :14 - 16 Mei 2010
Tempat:Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Kuala Pilah
Tiga orang pelajar Tahun 6 SK Mendum (Farish Ilyasha bin Fairuz Adzar, Mohd Amir Hakimi bin Zamani & Azmanizardin bin Baharudin) telah menyertai perkhemahan ini.Para pelajar ini telah mendaftar pada 14 Mei 2010 (Jumaat), jam 3.30 petang dan berakhir jam 11.30 pagi, 16 Mei 2010 (Ahad). Azmanizardin dan kumpulannya dari sekolah-sekolah lain telah berjaya memenangi tempat kedua Pertandingan Pintu Gerbang Kategori Pengakap Kanak-Kanak (Lelaki).Manakala para pelajar lain telah menerima sijil penyertaan dan telah menyertai perkhemahan kali ini dengan cemerlang. Tahniah. Semoga terus maju jaya.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Tarikh :12 Mei 2010
Masa: 1.05 petang - 2.05 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Mendum
Aktiviti :In-house training Penubuhan Kelab Rukun Negara.

Minggu Persatuan Matematik & Sains

Tarikh :05 Mei 2010
Masa: 1.05 petang - 2.05 petang
Aktiviti :
i. Kokurikulum Persatuan Akademik (Tempat : Kelas - kelas)
ii. Perasmian Bilik Sains (Tempat : Makmal Sains)
iii. Jamuan Persatuan Sains & Matematik (Tempat : Perpustakaan SK Mendum).

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSS NEGERI SEMBILAN

Tarikh : 11 - 12 Mei 2010
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Centre Court, Paroi, Seremban
2 orang pelajar SK Mendum adalah antara ahli pasukan bola tampar yang akan mewakili MSS Daerah Seremban 1 pada kejohanan tersebut.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK MENDUM TAHUN 2010



Tarikh : 17 Mei 2010
Tempat : Padang & Dewan SK Mendum
Masa : 7.45 pagi - 1.05 petang
Acara :
i. Acara padang : permainan bola tampar & bola jaring
ii. Acara dewan : Perutusan Menteri Pelajaran /Perutusan KPP KPM / Ucapan YDP
PIBG / Ucapan Guru Besar / Ucapan Tokoh Guru & Ucapan YB ADUN Lenggeng /
Nyayian Lagu Guru Malaysia & Bacaan Iqrar/ Persembahan Guru / Persembahan
Pelajar
Jemputan : YB ADUN Lenggeng, Ketua kampung, Ketua Balai Polis Lenggeng,
YDP PIBG SK Mendum, Tokoh Guru (Bekas Guru)

LATIHAN PUSAT ATLET BOLA TAMPAR MSS DAERAH SEREMBAN 1

SESSI 2
Tarikh : 03 - 07 Mei 2010
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat : SK Taman Semarak, Bandar Baru Nilai
1 orang pelajar lelaki & 1 orang pelajar perempuan SK Mendum telah terpilih menyertai latihan ini sebagai persediaan mewakili MSS Daerah Seremban 1 ke Kejohanan Bola Tampar MSS Negeri Sembilang yang berlangsung pada 11 - 12 Mei 2010 di Centre Court, Paroi, Seremban.

Visi & Misi

VISI
SK Mendum akan menjadi sekolah yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum di Kawasan Luak Lenggeng menjelang tahun 2010.


MISI
SK Mendum berazam misi dilaksanakan dengan jayanya melalui usaha meningkatkan kecemerlangan ,
-/pengurusan dan kepimpinan
-/kurikulum pelajar
-/kokurikulum pelajar
-/sahsiah pelajar
-/hubungan antara ibu bapa dan komuniti dengan sekolah

Maklumat Sekolah

Alamat : SK Mendum, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan
No.Tel & Faks : 06-7583706
email : skmendum@yahoo.com
Gred Sekolah : Sekolah Kurang Murid (SKM)
Sessi Persekolahan : Pagi
Kategori : Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
Cogankata : "BELAJAR UNTUK KEJAYAAN"

MESYUARAT GURU SK MENDUM 3/2010

Tarikh : 11 Mei 2010
Tempat : Makmal Komputer SK Mendum.
Masa : 1.10 petang - 3.30 petang

Organisasi

Organisasi SK Mendum
Guru Besar : En. Kamaruzaman b. Hj Hussin (Guru Bahasa Inggeris)
GPK Kurikulum : Pn. Siti Khajar bt. Othman (Guru Kelas Tahun 1 /Guru Bahasa Malaysia)
GPK Hal Ehwal Murid : En. Airul Anwar b. Abdul Aziz (Guru Bahasa Malaysia)
GPK Kokurikulum : En. Abdul Khalik bin Nordin (Guru Pendidikan Islam)
Guru Kelas Tahun 2 : Pn. Yeow Yean Choo (Guru Bahasa Inggeris)
Guru Kelas Tahun 3 : En. Ab Razak b. Karimon (Guru Matematik & Muzik)
Guru Kelas Tahun 4 : Pn. Halijatul Akmal bt. Kamal Baharin (Guru Sains)
Guru Kelas Tahun 5 : Pn. Zamila bt. Hj Md Khalid (Guru Matematik)
Guru Kelas Tahun 6 : En. Ahmad Zaidi b. Mat Zaki (Guru Pendidikan Islam)
Guru Pemulihan : Pn. Siti Nurafna bt. Muhammad Reduan
Guru jQAF : Pn. Khairul Bariyah bt. Mohd Fakiri (Guru Bahasa Arab)
Guru jQAF : Pn. Zalina bt. Muhamed Nawi (Guru Al-Qur'an & Jawi)
Guru Kemahiran Hidup : Pn. Shawarillah bt. Sabtu
Guru Bahasa Inggeris : Pn Nor Afizah bt. Kamal Basah
Pembantu Tadbir : Pn. Royanti bt. Nasuldin
Pembantu Am Rendah : En. Abdul Majid b. Abu Bakar
Pembantu Am Rendah Sambilan : Pn. Nurhalizah bt. Rahman
Pengawal Keselamatan : En. Abu Samah b. Salim
Pengawal Keselamatan : En. Hashim b. Abdullah

Cuti Mei 2010

01 Mei 201o : Cuti Hari Buruh
28 Mei 2010 : Cuti Hari Wesak

Majlis Mei 2010

07 Mei 2010 : Bacaan Yassin (Surau SK Mendum : persediaan menghadapi UPSR: para pelajar Tahun 6 & Guru Pendidikan Islam sahaja).
14 Mei 2010 : Bacaan Yassin (Surau SK Mendum : persediaan menghadapi UPSR: para pelajar Tahun 6 & Guru Pendidikan Islam sahaja).
14 Mei 2010 : Persediaan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Mendum.
17 Mei 2010 : Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Mendum.
21 Mei 2010 : Bacaan Yassin (Surau SK Mendum : persediaan menghadapi UPSR: para pelajar Tahun 6 & Guru Pendidikan Islam sahaja).

GOTONG-ROYONG PERDANA SK MENDUM 2010

Tarikh : 22 Mei 2010
Hari:Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Gotong-Royong Perdana SK Mendum adalah program gotong-royong yang diadakan dengan kerjasama PIBG SK Mendum dan Pertubuhan Belia Kg.Mendum. Peserta bergotong-royong membersihkan longkang padang yang dipenuhi tanah dan pasir yang menghalang laluan air. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan.

LAWATAN KELAB GURU SK MENDUM 2010

Tarikh : 15 Mei 2010
Hari: Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang
Lawatan Keleb Guru ke Royal Selangor Pewter, Kompleks Kraf Malaysia dan Beryl's Chocolate disertai seramai 38 orang yang terdiri daripada guru-guru SK Mendum dan ahli keluarga. Program ini diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada para guru yang telah bertungkus-lumus meningkatkan pencapai UPSR Tahun 2009 SK Mendum. Perbelanjaan program ini ditampung oleh sumbangan kewangan daripada ADUN Lenggeng dan para guru sendiri.