Selasa, 20 Julai 2010

MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) SK MENDUM 2010

Tarikh : 12 - 16 Julai 2010 (Isnin - Jumaat)
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Mendum / Pusat Sumber SK Mendum / Kelas-kelas /
Dewan SK Mendum
Aktiviti : Bijak Sifir/Khemah Membaca/Kuiz/Pertandingan Mengarang

LAWATAN KE PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN 2010

Tarikh : 09 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 9.45 pagi - 12.30 petang
Tempat : Jusco, Seremban 2
Peserta : Guru (8 orang) / Pelajar (40 orang)
Pengangkutan : Bas Sewa
Tambang : RM 6.00 / orang

MESYUARAT e-PELAPORAN PENCAPAIAN j-QAF TAHUN 2010

Tarikh : 08 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Balai Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Seremban
Peserta : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Seremban (Unit Agama)/ Penyelia Pelajaran Daerah Seremban/ Jurulatih Utama ICT/ Ketua Panitia Pendidikan Islam / Penyelaras j-QAF
Matlamat : Mengumpul data pelaporan pencapaian j-QAF untuk dibawa kemesyuarat bersama Kementerian Pelajaran Malaysia. Selamat bermesyuarat.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR 2010

Tarikh : 07 Julai 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Mendum
Peserta : Pelajar Tahun 5 dan 6 SK Mendum.
Matlamat : Memberi pendedahan kepada para pelajar Tahun 5 dan persediaan bagi Tahun 6 yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

TAKLIMAT YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA

Tarikh : 07 Julai 2010 (Rabu)
Masa : 1.15 petang
Tempat : Pusat Sumber SK Mendum
Taklimat ini disampaikan oleh En. Ahmad Tajuddin bin Hj. Idris, Pegawai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Taklimat menyentuh kepentingan besedekah dan galakan besedekah . Guru yang berminat untuk menyumbang dan bersedekah kepada YaPEIM disediakan kaedah mudah untuk melaksanakannya iaitu melalui skim potongan gaji. Selamat beramal.

Jumaat, 9 Julai 2010

UJIAN CANANG 2 TAHUN 2010

Tarikh : 06 - 08 Julai 2010 (Selasa - Khamis)
Tempat : Dewan SK Mendum

Ujian ini diadakan bagi menilai pencapaian para pelajar Tahun 6, sebelum menduduki UPSR yang sebenar. Jadual dan soalan ujian disediakan dan diselaraskan oleh JPNS. Selamat menjawab.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR 2010

Tarikh : 07 Julai 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Mendum

Program ini melibatkan para pelajar Tahun 6 (18 orang) dan Tahun 5 (12 orang).Program ini dianjurkan sebagai persediaan para pelajar tahun 6 yang akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pendedahan kepada pelajar tahun 5. Bengkel ini dikendali oleh guru Sains dari SK Pantai. Semoga berjaya.

Ahad, 4 Julai 2010

SAMBUTAN HARI GURU JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Tarikh : 6 Julai 2010 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Institut Tahfiz Al-Qur'an Negeri Sembilan, Gemencheh
Pakaian : Batik
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Bahagian Pelajaran akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan bagi guru-guru KAFA Negeri Sembilan dan guru-guru Sekolah Menengah Agama Negeri Sembilan dan semu guru dijemput hadir termasuk guru-guru KAFA dari SK Mendum. Sehubungan dengan itu kelas KAFA/KAP ditangguhkan pada tarikh tersebut.

Sabtu, 3 Julai 2010

PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN 2010

Tarikh : 6 - 11 Julai 2010
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Jusco Seremban 2, Seremban

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dengan kerjasama Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan menganjurkan Pesta Buku Negeri Sembilan 2010 seperti butiran di atas. Sehubungan dengan itu semua warga SK Mendum dijemput ke program tersebut. Pesta Buku Negeri Sembilan 2010 diadakan bertujuan membentuk budaya membaca di kalangan penjawat awam dan khususnya rakyat Negeri Sembilan serta berpeluang membeli buku yang terkini di pasaran. Datanglah beramai-ramai.