Selasa, 31 Ogos 2010

CUTI HARI KEBANGSAAN KE 53 TAHUN



31 Ogos 2010 (Selasa)
Selamat bercuti & selamat menghayati semangat kemerdekaan.
Sambutan Hari Kebangsaan Ke 53 Tahun.
1 Malaysia Menjana Tranformasi.

CERAMAH NUZUL AL-QUR'AN SK MENDUM TAHUN 2010


Tarikh : 27 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Dewan SK Mendum
Penceramah : Al-Fadhil Ustaz Shahrul Azman bin Md Sani
(Bekas Imam Masjid Jame' Seremban)

AKTIVITI SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SK MENDUM 2010



Tarikh : 24 Ogos 2010 (Selasa)
Masa : 10.45 pagi - 1.05 petang
Tempat : Dewan SK Mendum
Aktiviti : 1. Kuiz Kemerdekaan
2. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Berkumpulan
3. Raptai Pertandingan Pakaian Beragam

*****************************************************************
Tarikh : 25 Ogos 2010 (Rabu)
Masa :7.45 pagi - 1.05 petang
Tempat : Dewan SK Mendum
Aktiviti : 1. Pertandingan Mewarna
2. Pertandingan Melukis Poster
3. Pertandingan Pakaian Beragam

*****************************************************************
Tarikh : 26 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 10.45 pagi - 1.05 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Mendum
Aktiviti : 1. Tayangan Video Kemerdekaan : " Darah Satria "

*****************************************************************
Tarikh : 27 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa : 7.45 pagi - 10.15 pagi
Tempat : Makmal Komputer SK Mendum
Aktiviti : 1. Tayangan Video Kemerdekaan : " Jumbo Si Gajah Biru "

Isnin, 30 Ogos 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SK MENDUM TAHUN 2010

Tarikh : 23 Ogos 2010 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Mendum
Acara :
1. Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Mendum oleh Guru Besar SK Mendum dengan membuka ikatan banner yang disediakan.
2. Nyanyian lagu 31 Ogos, Jalur Gemilang dan 1 Malaysia oleh warga SK Mendum.
3. Persembahan deklamasi sajak kemerdekaan oleh adik Akmal Daniel, pelajar tahun 3 SK Menfum.

Khamis, 19 Ogos 2010

PERJUMPAAN GURU SK MENDUM 5/2010

Tarikh : 19 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 12.05 tengahari
Tempat : Makmal Komputer SK Mendum

Satu perjumpaan guru telah diadakan bagi membincangkan perkara berikut:
1.Pencapaian Ujian PraUPSR
2.Aktiviti tambahan menjelang UPSR
3.Cuti Tambahan sempena Eidulfitri
4.Tatacara 'punch card' kehadiran bertugas guru-guru SK Mendum
5.Program Penjualan Bahan Kitar Semula

Selamat berbincang.

Isnin, 16 Ogos 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SK MENDUM 3/2010

Tarikh : 17 Ogos 2010 (Selasa)
Masa : 1.05 petang
Tempat : Perpustakaan SK Mendum

Pn.Yeow akan menyampaikan ulasan buku yang telah dibaca oleh beliau kepada para guru SK Mendum. Program ini adalah salah satu aktiviti perkongsian ilmu antara sesama guru di SK Mendum. Semoga program ini akan memberikan manfaat kepada semua warga SK Mendum.

JADUAL WAKTU KELAS AGAMA PETANG SK MENDUM SEPANJANG RAMADHAN 1431H

Jadual waktu Kelas Agama Petang SK Mendum sepanjang bulan Ramadhan 1431H/ 2010 adalah seperti berikut :

*Isnin - Khamis : 1.30 petang - 3.30 petang : Tahun 1 - 5

Arahan Penyelaras Kelas Agama Petang SK Mendum

Sabtu, 14 Ogos 2010

AKTIVITI KOKURIKULUM SEPANJANG RAMADHAN

Adalah dimaklumkan semua aktiviti Kokurikulum SK Mendum :

1.Rabu : 1.05 petang - 2.05 petang: Persatuan/Badan Beruniform/Kelab
2.Khamis :7.45 pagi - 8.45 pagi : Sukan / Permainan

ditangguhkan sepanjang Ramadhan Al-Mubarak.

Arahan Guru Besar SK Mendum

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SK MENDUM 2010/1431H

Tarikh : 12 & 13 Ogos 2010 (Khamis & Jumaat)

7.15 pagi : Surau SK Mendum
1.Tasmik Al-Qur'an Tahun 2 - 4

7.30 pagi : Tapak Perhimpunan SK Mendum
1.Tazkirah Ramadhan
2.Kuiz Ramadhan

10.15 pagi - 10.45 pagi : Bilik-bilik Khas SK Mendum
1.Tadarus Al-Qur'an

PENGGREDAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SK MENDUM

Tarikh : 16 Ogos 2010 (Isnin)
Tempat : PSS SK Mendum

PSS SK Mendum akan dilawati oleh Pegawai PKG Mantin - Lenggeng pada tarikh diatas bagi Penggredan PSS. Penggredan PSS turut melibatkan semua sekolah Mantin-Lenggeng. Semoga PSS SK Mendum dapat meningkatkan lagi pencapaian pada Penggredan PSS untuk tahun ini. Semoga berjaya.

Selasa, 10 Ogos 2010

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SK MENDUM 2010/1431H

Tarikh : 11 Ogos 2010 / 1 Ramadhan 1431H (Rabu)

-7.15 pagi (Surau SK Mendum):
1.Tasmik bacaan Al-Qur'an bagi para pelajar tahun 2 & 3.

-7.30 pagi (Tapak Perhimpunan SK Mendum):
1.Program Laluan Iqra'
2.Bacaan doa
3.Tazkirah Ramadhan oleh Guru j-QAF SK Mendum
4.Pembahagian kumpulan Program Tadarus Al-Qur'an
5.Taklimat mengisi borang Disiplin Pesta Ibadah
6.Pembahagian Juzu' Al-Qur'an kepada semua guru bagi Program Tilawah Al-Qur'an Guru-Guru SK Mendum


-10.15 pagi - 11.00 pagi :
1.Para pelajar berwhudu'
2.Tadarus Al-Qur'an

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SK MENDUM TAHUN 2010

Tarikh : 10 Ogos 2010 (Selasa)
Masa : 1.05 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Mendum

Pn. Siti Khajar bt. Othman selaku Guru Penolong Kanan 1, SK Mendum telah menyampaikan ulasan buku bejudul 7 Cara Mendidik Anak Cemerlang yang telah dibaca oleh beliau untuk dikongsi bersama guru-guru SK Mendum. Beliau telah menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak seterusnya cara-cara yang betul untuk mendidik anak kearah kecemerlangan. Semoga program ini dapat meningkatkan profesionalisme guru-guru SK Mendum.

Ahad, 1 Ogos 2010

أهلا وسهلا يا رمضان 1431ه

SELAMAT DATANG RAMADHAN. SEMOGA RAMADHAN YANG PENUH BERKAT & RAHMAT DAPAT KAMI TINGKATKANNYA DAN PENUHINYA DENGAN IBADAHKU KEPADAMU YA ALLAH.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H (1 RAMADHAN 1431H - 11 OGOS 2010).

MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SK MENDUM 2/2010

Tarikh : 04 Ogos 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Makmal Komputer

Semua AJK PIBG SK Mendum dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Selamat bermesyuarat.