Memaparkan catatan dengan label KAFA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAFA. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Jun 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI GURU-GURU AGAMA NEGERI SEMBILAN 2011M/1432H




TARIKH : 16 JUN 2011M /14 REJAB 1432H
MASA : 4.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN (MPS)
TEMA : GURU AGAMA PENJANA TRANSFORMASI NEGARA
PERASMIAN OLEH :
Y.B DATO' HAJI RAZAK BIN MANSOR
D.S.N.S., J.P., P.M.C., P.J.K.,
YANG DIPERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


GURU SK MENDUM YANG TERLIBAT :
1.EN. AHMAD ZAIDI BIN MAT ZAKI
2.EN. ABDUL KHALIK BIN NORDIN
3.PN. ZALINA BT. MUHAMMED NAWI

Jumaat, 19 November 2010

SEMINAR PROFESIONALISME GURU DAN ADAT PERPATIH




Tarikh : 15 November 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : SMA Sains Kuala Pilah
Guru SK Mendum yang Terlibat :
1.En.Ahmad Zaidi b. Mat Zaki
2.En.Abdul Khalik bin Nordin
3.Pn.Zalina bt. Muhammed Nawi


BAHAGIAN Pelajaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan Seminar Prfesionalisme Guru dan Adat Perpatih bertempat di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ia melibatkan guru-guru Maahad Ahmadi, ITQAN, SMASKP serta seluruh guru KAFA Negeri Sembilan.
Seminar yang bermula dengan pembentangan berkenaan Amal Guru oleh Yang Berbahagia Dr Hasnan bin Kasan, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian diikuti oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dato Paduk Rosli, Ketua Jabatan Sastera, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dr Rosli menyentuh berkenaan Adat Perpatih.
Kemudian majlis penutup disempurnakan oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad b Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Berucap pada majlis penutup, beliau mengucapkan tahniah kepada kira-kira 1400 warga pendidik SMAN, SAR dan KAFA diatas tanggungjawab dan budi yang ditabur dalam mendidik anak bangsa khususnya dalam bidang keagamaan.
Beliau menyeru kepada seluruh warga pendidik agar bersama Kerajaan Negeri untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu dan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan terbilang.

Sabtu, 2 Oktober 2010

PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2010



Tarikh : 4 - 7 Oktober 2010 (Isnin - Khamis)

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2010 akan dijalankan seperti ketetapan di atas serentak seluruh negara.Seramai 12 orang pelajar Tahun 5 SK Mendum akan menduduki peperiksaan tersebut. Selamat menjawab.

PENGAMBILAN SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN UPKK 2010

Tarikh : 01 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Unit KAFA, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

Semua guru pengawas UPKK 2010 dikehendaki mengambil soalan UPKK seperti ketetapan tersebut. Guru Pengawas UPKK 2010 akan mengambil soalan bagi sekolah dimana mereka akan bertugas.

Khamis, 30 September 2010

MAJLIS TAKLIMAT GURU PENGAWAS UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2010

Tarikh : 29 September 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Sekolah Agama Rakyat As-Saidiyyah

Majlis tersebut diadakan bagi semua guru KAFA/KAP Tahun 5 seluruh Negeri Sembilan yang akan mengawasi perjalanan UPKK 2010 seterusnya menjadi guru penilai bagi menilai jawapan para calon UPKK 2010 yang akan berlangsung mulai 4 - 7 Oktober 2010 (Isnin - Khamis) ini. Guru Pengawas UPKK 2010 akan mengawasi calon-calon UPKK dari sekolah-sekolah lain yang berhampiran dengan sekolah Guru Pengawas sendiri seperti yang telah ditetapkan oleh Penyelia KAFA Daerah masing-masing. Guru Pengawas UPKK dari SK Mendum ditugaskan mengawasi perjalanan UPKK di SK Dato' Klana Putra. Manakala Guru Pengawas UPKK dari SK Dato' Klana Putra akan mengawasi perjalanan UPKK di SK Mendum. Selamat menjalankan tugas.

PENGAMBILAN SOALAN PEPERIKSAAN TADARUS DAN HAFAZAN AL-QURAN (LISAN) BAGI UPKK 2010

Tarikh : 28 September 2010 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Unit KAFA, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NSDK

Sehubungan dengan itu pihak JHEAINSDK telah meminta wakil pengurusan SK Mendum hadir ke Unit KAFA, JHEAINSDK untuk mengambil soalan tersebut seperti ketetapan diatas. Pihak pengurusan SK Mendum telah mengarah Ustaz Abdul Khalik bin Nordin yang merupakan guru KAFA/KAP Tahun 5, SK Mendum untuk menguruskan pengambilan soalan tersebut. Semua urusan berkenaan telah selesai diurusan oleh guru berkenaan seperti ketetapan.