Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Jun 2011

TAKLIMAT ePELAPORAN j-QAF TAHUN 2011



TARIKH : 14 JUN 2011 (SELASA)
MASA : 8.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : PKG MAMBAU

GURU SK MENDUM YANG TERLIBAT :
1.PN. ZALINA BT. MUHAMMED NAWI
2.EN.ABDUL KHALIK BIN NORDIN

Isnin, 15 November 2010

Rabu, 3 November 2010

MESYUARAT PENYELARASAN LAPORAN j-QAF PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2010





Tarikh : 04 November 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Balai Perdana Pejabat Pelajaran Daerah Seremban
Guru SK Mendum yang terlibat : En.Abdul Khalik bin Nordin
Pegawai Yang Bertanggungjawab : En. Yusri bin Mohd Akhir (SPPIM, JPNS)



*Ahli mesyuarat dikehendaki membawa lap top dan bahan-bahan yang berkaitan pelaporan tersebut.

KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) BAGI MATA PELAJARAN SELAIN DARI BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS TAHUN 2010




KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH & GURU SK MENDUM YANG AKAN TERLIBAT:

1. MATEMATIK :
2-3 November 2010 : 8.00 pagi - 5.00 petang : SMK Seri Ampangan: Pn.Yeow

2. DUNIA SAINS & TEKNOLOGI :
8-9 November 2010 : 8.00 pagi - 5.00 petang : SK Puteri :Pn.Halijatul Akmal

3. PENDIDIKAN AGAMA ISLAM :
3-4 N0vember 2010 : 8.00 pagi - 5.00 petang : SMK Pendeta Zaaba : En.Ahmad Zaidi

4. PENDIDIKAN SENI VISUAL :
23 - 24 November 2010 :8.00 pagi - 5.00 petang :SMK Pendeta Zaaba :Pn. Shawarillah

5. PENDIDIKAN MUZIK :
10 - 11 November 2010 : 8.00 pagi - 5.00 petang: SK Puteri : En. Ab Razak

6. PENDIDIKAN JASMANI :
11 - 12 November 2010 :8.00 pagi - 5.00 petang: SMK Seri Ampangan:En. Ab Razak

7. PENDIDIKAN KESIHATAN :
23 - 24 November 2010 : 8.00 pagi - 5.00 petang: PKG Mantin :Pn. Siti Nurafna

8. BAHASA ARAB :
2 - 3 November 2010 : 8.00 pagi - 5.00 petang: PKG Chuah:En. Abdul Khalik

Selasa, 2 November 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010 SK MENDUM





TARIKH : 26 - 29 OKTOBER 2010 (SELASA - JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN SK MENDUM & KELAS-KELAS YANG DITETAPKAN

SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA BERJAYA. TERUSKAN USAHA ANDA.

Rabu, 22 September 2010

MESYUARAT PENYELIA KAWASAN, KETUA PENGAWAS & PENGAWAS UPSR




Tarikh : 20 September 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi

Tiga orang guru SK Mendum telah dilantik menjadi Pengawas Peperiksaan UPSR Tahun 2010 yang akan berjalan pada 21 - 23 September 2010 (Selasa - Khamis). Guru-guru yang terlibat ialah :
1. En. Abdul Khalik bin Nordin - SJKT Ldg Cairo, Mantin
2. Pn. Nor Afizah bt. Kamal Basah - SJKC Yu Chai, Ulu Beranang
3. Pn. Siti Nurafna bt. Muhammad Ridhwan - SK Ulu Beranang, Lenggeng
Mereka telah menghadiri Mesyuarat Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas & Pengawas untuk menerima arahan dan taklimat peperiksaan bagi memudahkan mereka menjalankan tugas di sekolah-sekolah yang ditetapkan.

Selasa, 20 Julai 2010

MESYUARAT e-PELAPORAN PENCAPAIAN j-QAF TAHUN 2010

Tarikh : 08 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Balai Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Seremban
Peserta : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Seremban (Unit Agama)/ Penyelia Pelajaran Daerah Seremban/ Jurulatih Utama ICT/ Ketua Panitia Pendidikan Islam / Penyelaras j-QAF
Matlamat : Mengumpul data pelaporan pencapaian j-QAF untuk dibawa kemesyuarat bersama Kementerian Pelajaran Malaysia. Selamat bermesyuarat.

Ahad, 27 Jun 2010

MESYUARAT KURIKULUM SK MENDUM 2/2010

Tarikh : 29 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 1.15 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Mendum

Mesyuarat bertujuan melaporkan, membuat post moterm dan cara meningkat pencapai murid dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 yang lalu. Semua guru dijemput hadir ke mesyuarat tersebut tanpa sebarang keuzuran.

Jumaat, 25 Jun 2010

TAKLIMAT KHAS LINUS DAN MESYUARAT KUTIPAN SERTA PENYELARASAN DATA PEMULIHAN KALI KE-2

Tarikh : 30 Jun 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Seremban 2A

Sehubungan dengan itu Guru Pemulihan Khas Sekolah-Sekolah Daerah Seremban termasuk SK Mendum dikehendaki hadir ke taklimat dan mesyuarat tersebut dengan mambawa bersama data murid selepas Ujian Saringan Ke-2. Pn. Siti Nurafna adalah Guru Pemulihan Khas dari SK Mendum yang akan menghadiri taklimat dan mesyuarat berkenaan.

Selasa, 22 Jun 2010

TAKLIMAT e-PELAPORAN PENCAPAIAN j-QAF TAHUN 2010 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEREMBAN

Tarikh : 25 Jun 2010 (Jumaat)
Tempat : Balai Perdana PPD Seremban
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Sehubungan dengan itu pihak PPD Seremban mengarahkan Sekolah-sekolah Daerah Seremban termasuk SK Mendum menghantar penyelaras j-QAF atau wakil guru untuk menghadiri ke taklimat tersebut dengan membawa laptop dan wayar penyambung. Makan minum disediakan dan taklimat berkenaan akan dipengerusikan oleh Ustaz Khairuzzaman bin Mohd Yusof, Penolong PPD Seremban (Unit Pendidikan Islam). Seorang Jurulatih Utama ICT dari SK Mendum turut diminta hadir bagi menjayakan taklimat tersebut.

Rabu, 9 Jun 2010

MESYUARAT PENYELARASAN LAPORAN PROGRAM j-QAF TAHUN 2010

Tarikh : 21 Jun 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Seremban

Sektor Pendidikan Islam akan mengadakan mesyuarat tersebut bagi tujuan memantapkan perlaksanaan Program j-QAF di seluruh daerah. Seorang Guru Pendidikan Islam SK Mendum telah dilantik sebagai Jurulatih Utama ICT / e-Pelaporan Program j-QAF dan diminta hadir ke mesyuarat tersebut dengan membawa lap top dan bahan-bahan yang berkaitan pelaporan tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Yusri bin Mohd Akhir (Penolong Pengarah j-QAF JPNS).

HARI TERBUKA SK MENDUM 1/2010

Tarikh : 23 Jun 2010
Hari : Rabu
Masa : 10.35 pagi - 1.05 petang
Para penjaga murid-murid dijemput hadir ke SK Mendum untuk menandatangani rekod kemajuan pelajar setelah para pelajar menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Para penjaga boleh bertemu dengan Guru Kelas yang berkenaan seterusnya boleh berbincang berkaitan kemajuan pelajaran anak-anak dengan guru-guru.

Jumaat, 4 Jun 2010

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR DUN LENGGENG 2010

Tarikh : 14 - 16 Jun 2010
Hari : Isnin - Rabu
Tempat :Kem Perkasa,Mantin (Kem PLKN)
Anjuran : YB ADUN LENGGENG
Program yang dianjurkan oleh YB ADUN Lenggeng adalah program persediaan bagi pelajar-pelajar tahun 6 di DUN Lenggeng yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Semoga dengan menghadiri program ini, para pelajar dapat menduduki UPSR dengan yakin seterusnya meningkatkan lagi pencapaian UPSR seluruh DUN Lenggeng.Setiap sekolah akan menghantar 10 orang peserta menyertai program ini. Begitu juga SK Mendum akan menghantar 10 orang pelajar sebagai peserta.En. Ab Razak bin Karimon dari SK Mendum adalah guru yang bertugas menguruskan para pelajar SK Mendum yang menyertai program ini. Terima kasih cikgu.

KELAS TAMBAHAN MUSIM CUTI TAHUN 2010

Tarikh : 07 - 10 Jun 2010
Hari : Isnin - Khamis
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Kelas Tahun 5 & 6
Kelas tambahan dihadiri para pelajar Tahun 5 & 6 SK Mendum. Matapelajaran Teras(Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains) akan diajar sepanjang kelas tambahan tersebut dijalankan. Selamat berjaya.

Isnin, 24 Mei 2010

LAWATAN PPIM KE HUTAN LIPUR LENGGENG

Tarikh : 02 Jun 2010
Hari : Rabu
Masa : 12.45 petang - 2.05 petang
Satu lawatan ke Hutan Lipur Lenggeng akan diadakan oleh Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Mendum bertujuan menjalankan aktiviti melukis poster alam semulajadi, mencatat atau merakam gambar-gambar flora dan fauna serta mempelajari ikatan. Aktiviti ini merupakakan salah satu aktiviti daripada pelbagai aktiviti yang termasuk dalam Penilaian PPIM. Lawatan ini melibatkan seramai 29 pelajar beserta 8 orang guru. Peserta akan ke sana dengan menaikki kenderaan guru pembimbing dan pengiring. Semoga aktiviti ini akan memberi pengalaman baru dan berharga kepada para peserta.

Sabtu, 22 Mei 2010

BENGKEL PEMURNIAN SOALAN AKHIR TAHUN DAN PERCUBAAN UPKK 2010

Tarikh : 22 - 23 Mei 2010 (Pendaftaran 7.30 pagi)
Tempat : Golden Strait Villa,Port Dickson
Anjuran : Unit KAFA & SAR, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

Bengkel ini telah dihadiri oleh guru-guru penggubal soalan peperiksaan yang telah dilantik seramai 5 orang bagi setiap daerah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan terdiri daripada Guru Pendidikan Islam KPM & Guru Sekolah Agama Rakyat. Wakil dari setiap daerah ditugaskan mengubal satu matapelajaran bagi tahun 1 - 5. Daerah Seremban ditugaskan menyediakan soalan pelajaran Bahasa Arab. Seorang Guru Pendidikan Islam SK Mendum merupakan salah seorang penggubal soalan yang dilantik dan terlibat dalam bengkel ini.

Khamis, 20 Mei 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

Tarikh : 24 - 27 Mei 2010 (Isnin - Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 12.35 tengahari / 1.05 petang
Tempat : Tahun 1 & 2 (kelas masing-masing) / Tahun 3, 4 , 5 & 6 (Dewan SK Mendum)
Semua pelajar diwajibkan hadir bagi menduduki peperiksaan ini. Selamat menjawab dan semoga berjaya.

MESYUARAT PELAPORAN KHATAM AL-QUR'AN SEKOLAH-SEKOLAH PROGRAM j-QAF KOHORT 2005

Tarikh : 20 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Ampangan ,d/a : SK Ampangan
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ustaz Yusri bin Mohd Akhir, Penolong Pengarah j-QAF Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.Mesyuarat ini membincangkan format untuk mengenal pasti tahap penguasaan sebenar bacaan Al-Qur'an pelajar-pelajar tahun 6 di sekolah-sekolah program j-QAF kohort 2005. Seorang Guru Pendidikan Islam SK Mendum telah dilantik menjadi Jurulatih Utama ICT/e-Pelaporan Program j-QAF dan turut terlibat dalam mesyuarat kali ini.