Sabtu, 3 Julai 2010

PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN 2010

Tarikh : 6 - 11 Julai 2010
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Jusco Seremban 2, Seremban

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dengan kerjasama Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan menganjurkan Pesta Buku Negeri Sembilan 2010 seperti butiran di atas. Sehubungan dengan itu semua warga SK Mendum dijemput ke program tersebut. Pesta Buku Negeri Sembilan 2010 diadakan bertujuan membentuk budaya membaca di kalangan penjawat awam dan khususnya rakyat Negeri Sembilan serta berpeluang membeli buku yang terkini di pasaran. Datanglah beramai-ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan