Memaparkan catatan dengan label maklumat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maklumat. Papar semua catatan

Ahad, 2 Januari 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, SESI 2011





SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2011.
TARIKH : 3 JANUARI 2011 (ISNIN)

Sabtu, 20 November 2010

CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2010




Tarikh : 20 November 2010 (Sabtu) - 03 Januari 2011 (Ahad)

##### SELAMAT BERCUTI, RANCANGLAH SERTA LAKSANAKAN AKTIVITI BERFAEDAH SEPANJANG CUTI & JAGA KESELAMATAN DIRI #####

Jumaat, 19 November 2010

EIDUL ADHA 1431H/2010




Tarikh : 17 November 2010 (Rabu)
Eidul Adha 1431H/2101 : Cuti Umum

Tarikh : 18 November 2010(Khamis)
Cuti Khas Eidul Adha 1431H/2010 SK Mendum

---SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN & SELAMAT MENJALANI IBADAH QURBAN---

Isnin, 15 November 2010

SEMINAR SEHARI GPK KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH NEGERI SEMBILAN





Tarikh : 11 November 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Auditorium Institut Latihan Perindustrian Pedas, Rembau

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN PROGRAM j-QAF/KAP 2010







Tarikh : 11 November 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Stadium Tertutup Nilai, Bandar Baru Nilai

MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM DAERAH SEREMBAN TAHUN 2010




Tarikh : 09 November 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : SK Seremban Jaya
Penglibatan : Semua GPK Kokurikulum Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) Daerah Seremban.
Tentatif :
1. Masa : 8.30 pagi - 12.30 petang
Tajuk : Pengurusan Fail Kokurikulum
Penceramah : En.Mohd Ridwan bin Idris ((Pen.PPD Tampin)

2.Masa : 2.00 petang - 3.00 petang
Tajuk : Taklimat Pengurusan Wang Kokurikulum
Penceramah : Unit Koko, PPD Seremban

3.Masa : 3.30 petang - 4.30 petang
Tajuk : Taklimat / Semakan (10% markah Koku - SM / Pengenalan 10% markah Koku - SR
Penceramah : Unit Koko, PPD Seremban

HARI KEUSAHAWANAN SK MENDUM 2010




Tarikh : 04 November 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 petang
Tempat : Dataran SK Mendum
Jualan : Pelbagai jenis juadah makanan
Penglibatan : Semua guru & pelajar SK Mendum


Semua dijemput hadir sambil berbelanja.

CUTI DEEPAVALI





Tarikh : 05 November 2010 (Jumaat)

SELAMAT BERCUTI

Jumaat, 22 Oktober 2010

AL-FATIHAH





Tarikh : 23 Oktober 2010 (Sabtu)

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Muhammad Ridhwan, murid Tahun 1 SK Mendum yang telah kembali kerahmatullah malam tadi di wad ICU setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ucapan takziah buat keluarga allahyarham. Semoga tetap sabar dan tabah dalam menempuh dugaan yang amat berat daripada Allah s.w.t.
------AL-FATIHAH-------

Sabtu, 16 Oktober 2010

PERHIMPUNAN KEBANGSAAN GURU 1 MALAYSIA




Tarikh : 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Peserta : 20 000 orang guru dari seluruh negara.
Wakil SK Mendum :
1.En. Ab Razak b. Karimon
2.En. Abdul Khalik bin Nordin
3.Pn. Shawarillah bt. Sabtu
4.Pn. Yeow
Tempat & masa berkumpul : SMK Dato' Klana Putra, Lenggeng / 6.30 pagi

Jumaat, 8 Oktober 2010

PERJUMPAAN GURU SK MENDUM

Tarikh : 08 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Pusat Sumber Sekolah SK Mendum

Agenda :
1.Perhimpunan Guru 1 Malaysia
Tarikh: 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat:Stadium Putra Bukit Jalil
Guru Yang Mewakili SK Mendum :
i.En.Abdul Khalik bin Nordin
ii.En. A.Razak b. Karimon
iii.Pn.Shawarillah bt. Sabtu
iv.Pn.Yeow
**************************************************
2.Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010
Tarikh : 16 November 2010 (Selasa)
-Anugerah UPSR 2010 akan diadakan pada Mesyuarat Agung PIBG SK Mendum dalam bulan Mac 2011.
**************************************************
3.Minggu Bahasa perlu diadakan sebagai aktiviti selepas peperiksaan.
**************************************************
4.Majlis Khatam Al-Qur'an Program j-QAF Kohort 2005
Tarikh : 11 November 2010 (Khamis)
Tempat : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai
**************************************************
5.Aktiviti Lawatan Tahun 6.
Tarikh cadangan : 30-31 Oktober 2010.
Penyertaan terbuka kepada semua guru dan para pelajar Tahun 6.

Rabu, 22 September 2010

TAKZIAH BUAT EN.AIRUL ANUAR BIN ABDUL AZIZ & KELUARGA



Tarikh : 20 September 2010 (Isnin)

Takziah buat En. Airul Anuar bin Abdul Aziz & keluarga (GPK HEM SK Mendum)di atas kembali ke rahmtullahnya anak perempuan beliau yang berusia 3 bulan.Beberapa orang guru SK Mendum telah berkesempatan menziarahi beliau dan keluarga ketika masih lagi berada di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sehinggalah selesai majlis pengkebumian kira-kira jam 9.30 malam di Tanah Perkuburan Paroi, Seremban.Semoga beliau & keluarga tabah menghadapi ujian Allah yang amat besar ini. Kami mendoakan kesejahteraan beliau sekeluarga.

TEMBOK PAGAR SK MENDUM ROBOH



Tarikh :16 September 2010 (Khamis)

Tembok pagar SK Mendum bersebelahan pondok pengawal keselamatan dipintu utama SK Mendum roboh disebabkan air naik bertakung disebelah luar tembok selepas hujan lebat turun dalam masa yang agak lama. Pondok pengawal keselamatan juga rosak dihempap serpihan tembok yang roboh. Cermin bilik pengawal keselamatan pecah bederai manakala pintu kopak. Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian ini.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH



17 September 2010 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi - 12.05 tengahari

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada guru-guru dan para pelajar SK Mendum setelah bercuti panjang sempena cuti semester persekolahan dan cuti Eidulfitri 1431H. Walaubagaimanapun ramai pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana masih mahu meneruskan cuti Eidulfitri.
Pada perhimpunan pagi jam 7.30 pagi, Ustaz Abdul Khalik bin Nordin (GPK Kokurikulum) telah menyampaikan wang sumbangan hari raya kepada para pelajar yang hadir ke sekolah. Sumbangan wang raya tersebut telah disumbangkan oleh seorang penderma dari Cheras, Kuala Lumpur.
Pada jam 8.00 telah diadakan bacaan Yaasin para pelajar tahun 6 di surau SK Mendum yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Zaidi bin Mat Zaki (Guru Pendidikan Islam SK Mendum). Program ini diadakan sebagai memohon keberkatan bagi calon-calon UPSR seterusnya memberi peluang kepada para pelajar Tahun 6 yang tidak dapat hadir di Majlis Bacaan Yaasin UPSR pada malam sebelumnya membaca Yaasin berjamaah bersama-sama guru-guru dan rakan-rakan.
Pada jam 11.30 pagi Guru-guru dengan bantu staff dan para pelajar Tahun 6 SK Mendum telah menyediakan dewan bagi calon-calon UPSR. UPSR akan bermula pada 21 - 23 September 2010 (Selasa - Khamis).

Ahad, 12 September 2010

TAHNIAH! TAHNIAH!TAHNIAH


Ustazah Khairul Bariyah telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 2.2 kg pada 11.45 malam, 12 September 2010. Warga SK Mendum merafa'kan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t dan mengucapakan tahniah kepada Ustazah Khairul Bariyah serta keluarga di atas kurniaan Allah s.w.t itu. Semoga anda dan keluarga sentiasa dirahmati Allah s.w.t.

Rabu, 8 September 2010


سلام عيد الفطري 1431 هجرة . كل عام وانتم بخير.
1شوال 1431 ه / 10 سيفتيمبر 2010, جمعة.

Jumaat, 3 September 2010

TAKWIM AKTIVITI SK MENDUM BULAN SEPTEMBER 2010

Tarikh : 06 - 10 September 2010 (Isnin - Jumaat)
Perkara : Cuti Persekolahan

*************************************************************
Tarikh : 06 & 07 September 2010 (Isnin & Selasa)
Perkara : Kelas Itensif UPSR (Bahasa Inggeris & Matematik)
Guru : Guru Besar SK Mendum / Guru Besar SK Ulu Beranang / Pn. Nor Afizah

**************************************************************
Tarikh : 10 & 11 September 2010 (Jumaat & Sabtu)
Perkara : Cuti Eidul Fitri 1431H

*************************************************************
Tarikh : 13 - 15 September 2010 (Isnin - Rabu)
Perkara : Cuti Berganti Eidul Fitri / Cuti Khas Eidul Fitri

**************************************************************
Tarikh : 16 September 2010 (Khamis)
Perkara : 1. Cuti Hari Malaysia
2. Majlis Bacaan Yaasin UPSR SK Mendum (Masjid Mendum)

*************************************************************
Tarikh : 18 September 2010 (Sabtu)
Perkara : Sekolah Ganti

*************************************************************
Tarikh : 20 September 2010 (Isnin)
Perkara : Lawatan Pusat Peperiksaan UPSR SK Mendum oleh Ketua Pengawas & Pengawas Peperiksaan

*************************************************************
Tarikh : 21 - 23 September 2010 (Selasa - Khamis)
Perkara : Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

*************************************************************
Tarikh : 25 September 2010 (Sabtu)
Perkara : Mesyuarat AJK PIBG SK Mendum

*************************************************************
Tarikh : 29 September 2010 (Rabu)
Perkara : Majlis Sambutan Eidul Fitri SK Mendum

Selasa, 31 Ogos 2010

CUTI HARI KEBANGSAAN KE 53 TAHUN



31 Ogos 2010 (Selasa)
Selamat bercuti & selamat menghayati semangat kemerdekaan.
Sambutan Hari Kebangsaan Ke 53 Tahun.
1 Malaysia Menjana Tranformasi.

Isnin, 30 Ogos 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SK MENDUM TAHUN 2010

Tarikh : 23 Ogos 2010 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Mendum
Acara :
1. Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Mendum oleh Guru Besar SK Mendum dengan membuka ikatan banner yang disediakan.
2. Nyanyian lagu 31 Ogos, Jalur Gemilang dan 1 Malaysia oleh warga SK Mendum.
3. Persembahan deklamasi sajak kemerdekaan oleh adik Akmal Daniel, pelajar tahun 3 SK Menfum.

Khamis, 19 Ogos 2010

PERJUMPAAN GURU SK MENDUM 5/2010

Tarikh : 19 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 12.05 tengahari
Tempat : Makmal Komputer SK Mendum

Satu perjumpaan guru telah diadakan bagi membincangkan perkara berikut:
1.Pencapaian Ujian PraUPSR
2.Aktiviti tambahan menjelang UPSR
3.Cuti Tambahan sempena Eidulfitri
4.Tatacara 'punch card' kehadiran bertugas guru-guru SK Mendum
5.Program Penjualan Bahan Kitar Semula

Selamat berbincang.