Khamis, 31 Mac 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD DAERAH SEREMBAN 1

Pasukan bola sepak SK Mendum telah menyertai Kejohanan Bola Sepak peringkat Daerah Seremban 1 yang berlangsung di SK Seri Kelana. Pasukan SK Mendum diletakkan dalam Kumpulan A bersama pasukan SK Seri Kelana, SK Pantai dan SJKT Ladang Kirby. Keputusan perlawanan : SK Mendum lwn SJKT Ladang Kirby ( 9 - 0 ) SK Mendum lwn SK Seri Kelana ( 1 - 3 ) SK Mendum lwn SK Pantai ( 0 - 2 ) Pasukan SK Mendum menduduki tempat ketiga peringkat kumpulan. Hanya johan dan naib johan kumpulan yang layak ke pusingan kedua. Walaupun tidak layak ke pusingan kedua, Pasukan SK Mendum yang kebanyakannya diwakili murid Tahun 4 dan 5 telah menunjukkan permainan yang membanggakan. Tahnian diucapkan. Usaha lagi pada tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan