Ahad, 27 Mac 2011

PERTANDINGAN MENGARANG BAHASA MELAYU (SK) DAERAH SEREMBAN 1



Sekolah Kebangsaan Mendum telah menghantar dua orang murid iaitu Humaira binti Abdul Hamid dan Nurin Nabila binti Norazizan masing-masing mewakili Tahap 1 dan Tahap 2 untuk menyertai Pertandingan Mengarang Bahasa Melayu Daerah Seremban 1 yang diadakan di SK Desa Cempaka, Nilai. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 26 Mac 2011 (Sabtu).

Humaira binti Abdul Hamid telah memenangi hadiah saguhati bagi kategori Tahap 1 manakala Nurin Nabila binti Norazizan sekadar membawa pulang Sijil Penyertaan bagi kategori Tahap 2. Humaira telah membawa pulang hadiah berupa sebuah Plak dan Sijil Pemenang.

Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan ini. Pihak sekolah juga berharap agar kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

TAHNIAH!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan