Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan

Sabtu, 20 November 2010

JAMUAN TAHUN 6, 2010




Tarikh : 19 November 2010 (Jumaat)
Masa : 12.05 petang
Tempat : Kelas Tahun 6, 2010
Jemputan : Semua guru SK Mendum
Tentatif Program:
1.Ucapan Pengerusi Majlis
2.Ucapan Ketua Kelas
3.Bacaan Doa
4.Menjamu Selera
5.Penyampaian Cenderamata
6.Bersalaman semua pelajar Tahun 6, 2010 dengan semua guru

Jumaat, 19 November 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SK MENDUM TAHUN 2010





Tarikh : 16 November 2010 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan SK Mendum
Dirasmikan oleh : YB Tuan Mustafa b. Salim (ADUN Kawasan Lenggeng)

Khamis, 30 September 2010

MAJLIS SAMBUTAN EIDULFITRI SK MENDUM 1431H / 2010







Tarikh : 29 September 2010 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SK Mendum
Anjuran : SK Mendum / PIBG SK Mendum / KAFA SK Mendum

Jemputan :
1.Tuan Mustaffa bin Salim, YB ADUN Kawasan Lenggeng
2.En.Azman b. Mat Zain, Unit Disiplin PPD Seremban
3.Ketua Balai Polis Lenggeng
4.Ketua-ketua Kampung / JKK Mukim Lenggeng
5.Datuk-datuk Adat
6.Kontraktor-kontraktor
7.Ibu bapa penjaga para pelajar SK Mendum

Aturcara Majlis :
-10.50 pagi :Ketibaan jemputan
-11.00 pagi :Ketibaan Tuan Mustaffa bin Salim, YB ADUN Kawasan Lenggeng
-11.10 pagi :Ucapan alu-aluan pengerusi mailis
Ucapan YDP PIBG SK Mendum
Ucapan Guru Besar SK Mendum
Ucapan Tuan Mustaffa bin Salim, YB ADUN Kawasan Lenggeng
Persembahan para pelajar
Jamuan
Penyampaian Hadiah Minggu Kemerdekaan
-12.30 tengahari : Bersurai

Rabu, 22 September 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN PERSEDIAAN UPSR SK MENDUM

Tarikh : 16 September 2010 (Khamis)
Tempat : Masjid Karyah Mendum, Lengggeng
Masa : Maghrib - Isya'

Majlis diadakan bagi memohon keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t agar diberikan pencapaian yang gemilang dalam UPSR 2010 bagi para pelajar Tahun 6 SK Mendum. Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama pihak PIBG SK Mendum, Pengurusan Masjid Karyah Mendum dan SK Mendum sendiri.
Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjamaah yang diimamkan oleh Tuan Imam Masjid Karyah Lenggeng.Seterusnya didirikan pula solat sunat hajat yang imamkan oleh Ustaz Abdul Khalik bin Nordin (GPK Kokurikulum / Guru Pendidikan Islam SK Mendum). Diikuti dengan bacaan Yaasin berjamaah diketuai oleh Tuan Imam masjid Karyah Mendum. Kemudiannya didirikan pula solat Isya' berjamaah yang turut diimamkan oleh Tuan Imam Masjid Karyah Mendum. Program diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak SK Mendum dan PIBG SK Mendum.
Yang Di Pertua PIBG SK Mendum, En. Hamzah b. Shaaban tidak dapat menghadiri program kali ini kerana abang beliau baru sahaja meninggal dunia pada siangnya. Manakala Guru Besar SK Mendum, En. Kamaruzaman bin Hj Hussin tidak dapat menghadirkan diri kerana masih lagi bercuti Eidulfitri di Pulau Pinang. Pn. Siti Khajar (Guru Penolong Kanan 1) En.Airul Anuar bin Abdul Aziz (Guru Penolong Kanan HEM), Ustaz Abdul Khalik bin Nordin (Guru Penolong Kanan Kokurikulum), Pn. Nor Afizah bt. Kamal Bashah dan Pn. Halijatul Akmak bt. Kamal Baharin telah hadir ke majlis tersebut sebagai wakil pihak SK Mendum dan JK PIBG SK Mendum.
Semoga doa kami pada majlis ini dimakbulkan Allah s.w.t. Amin.

Jumaat, 4 Jun 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN UPSR & SELAMATKAN GAZA

Tarikh : 04 Jun 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Surau SK Mendum
Majlis ini diketuai oleh Guru Pendidikan Islam dan disertai para pelajar tahun 6. Majlis ini dimulai dengan solat hajat beserta bacaan qunut nazilah dan diakhiri dengan bacaan surah Yassin. Para pelajar diingatkan supaya mendoakan perkara kebaikan untuk diri sendiri dan umat Islam seluruh dunia terutamanya rakyat Palestin serta mendoakan kemusnahan keatas Israel laknatullah.Semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Para pelajar diingatkan juga agar memboikot barangan buatan dan keluaran Israel sebagai jalan memberi tekanan kepada Israel. Itu adalah salah satu cara jihad mudah bagi membantu Palestin dari terus ditindas oleh Israel sebelum kita melaksanakan berjihad yang lebih besar.

Jumaat, 14 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK MENDUM TAHUN 2010



Tarikh : 17 Mei 2010
Tempat : Padang & Dewan SK Mendum
Masa : 7.45 pagi - 1.05 petang
Acara :
i. Acara padang : permainan bola tampar & bola jaring
ii. Acara dewan : Perutusan Menteri Pelajaran /Perutusan KPP KPM / Ucapan YDP
PIBG / Ucapan Guru Besar / Ucapan Tokoh Guru & Ucapan YB ADUN Lenggeng /
Nyayian Lagu Guru Malaysia & Bacaan Iqrar/ Persembahan Guru / Persembahan
Pelajar
Jemputan : YB ADUN Lenggeng, Ketua kampung, Ketua Balai Polis Lenggeng,
YDP PIBG SK Mendum, Tokoh Guru (Bekas Guru)

Majlis Mei 2010

07 Mei 2010 : Bacaan Yassin (Surau SK Mendum : persediaan menghadapi UPSR: para pelajar Tahun 6 & Guru Pendidikan Islam sahaja).
14 Mei 2010 : Bacaan Yassin (Surau SK Mendum : persediaan menghadapi UPSR: para pelajar Tahun 6 & Guru Pendidikan Islam sahaja).
14 Mei 2010 : Persediaan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Mendum.
17 Mei 2010 : Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Mendum.
21 Mei 2010 : Bacaan Yassin (Surau SK Mendum : persediaan menghadapi UPSR: para pelajar Tahun 6 & Guru Pendidikan Islam sahaja).