Rabu, 22 September 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN PERSEDIAAN UPSR SK MENDUM

Tarikh : 16 September 2010 (Khamis)
Tempat : Masjid Karyah Mendum, Lengggeng
Masa : Maghrib - Isya'

Majlis diadakan bagi memohon keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t agar diberikan pencapaian yang gemilang dalam UPSR 2010 bagi para pelajar Tahun 6 SK Mendum. Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama pihak PIBG SK Mendum, Pengurusan Masjid Karyah Mendum dan SK Mendum sendiri.
Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjamaah yang diimamkan oleh Tuan Imam Masjid Karyah Lenggeng.Seterusnya didirikan pula solat sunat hajat yang imamkan oleh Ustaz Abdul Khalik bin Nordin (GPK Kokurikulum / Guru Pendidikan Islam SK Mendum). Diikuti dengan bacaan Yaasin berjamaah diketuai oleh Tuan Imam masjid Karyah Mendum. Kemudiannya didirikan pula solat Isya' berjamaah yang turut diimamkan oleh Tuan Imam Masjid Karyah Mendum. Program diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak SK Mendum dan PIBG SK Mendum.
Yang Di Pertua PIBG SK Mendum, En. Hamzah b. Shaaban tidak dapat menghadiri program kali ini kerana abang beliau baru sahaja meninggal dunia pada siangnya. Manakala Guru Besar SK Mendum, En. Kamaruzaman bin Hj Hussin tidak dapat menghadirkan diri kerana masih lagi bercuti Eidulfitri di Pulau Pinang. Pn. Siti Khajar (Guru Penolong Kanan 1) En.Airul Anuar bin Abdul Aziz (Guru Penolong Kanan HEM), Ustaz Abdul Khalik bin Nordin (Guru Penolong Kanan Kokurikulum), Pn. Nor Afizah bt. Kamal Bashah dan Pn. Halijatul Akmak bt. Kamal Baharin telah hadir ke majlis tersebut sebagai wakil pihak SK Mendum dan JK PIBG SK Mendum.
Semoga doa kami pada majlis ini dimakbulkan Allah s.w.t. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan