Rabu, 22 September 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH



17 September 2010 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi - 12.05 tengahari

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada guru-guru dan para pelajar SK Mendum setelah bercuti panjang sempena cuti semester persekolahan dan cuti Eidulfitri 1431H. Walaubagaimanapun ramai pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana masih mahu meneruskan cuti Eidulfitri.
Pada perhimpunan pagi jam 7.30 pagi, Ustaz Abdul Khalik bin Nordin (GPK Kokurikulum) telah menyampaikan wang sumbangan hari raya kepada para pelajar yang hadir ke sekolah. Sumbangan wang raya tersebut telah disumbangkan oleh seorang penderma dari Cheras, Kuala Lumpur.
Pada jam 8.00 telah diadakan bacaan Yaasin para pelajar tahun 6 di surau SK Mendum yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Zaidi bin Mat Zaki (Guru Pendidikan Islam SK Mendum). Program ini diadakan sebagai memohon keberkatan bagi calon-calon UPSR seterusnya memberi peluang kepada para pelajar Tahun 6 yang tidak dapat hadir di Majlis Bacaan Yaasin UPSR pada malam sebelumnya membaca Yaasin berjamaah bersama-sama guru-guru dan rakan-rakan.
Pada jam 11.30 pagi Guru-guru dengan bantu staff dan para pelajar Tahun 6 SK Mendum telah menyediakan dewan bagi calon-calon UPSR. UPSR akan bermula pada 21 - 23 September 2010 (Selasa - Khamis).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan