Ahad, 27 Jun 2010

MESYUARAT KURIKULUM SK MENDUM 2/2010

Tarikh : 29 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 1.15 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Mendum

Mesyuarat bertujuan melaporkan, membuat post moterm dan cara meningkat pencapai murid dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 yang lalu. Semua guru dijemput hadir ke mesyuarat tersebut tanpa sebarang keuzuran.

TAKLIMAT PENGURUSAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH / RENDAH DAERAH SEREMBAN TAHUN 2010

Tarikh : 29 Jun 2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : SMK Senawang, Seremban
Sehubungan dengan itu pihak Pejabat Pelajaran Daerah Seremban mengarahkan semua Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang terlibat termasuk dari SK Mendum agar menghadiri taklimat tersebut seperti yang telah ditetapkan.

Jumaat, 25 Jun 2010

TAKLIMAT KHAS LINUS DAN MESYUARAT KUTIPAN SERTA PENYELARASAN DATA PEMULIHAN KALI KE-2

Tarikh : 30 Jun 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Seremban 2A

Sehubungan dengan itu Guru Pemulihan Khas Sekolah-Sekolah Daerah Seremban termasuk SK Mendum dikehendaki hadir ke taklimat dan mesyuarat tersebut dengan mambawa bersama data murid selepas Ujian Saringan Ke-2. Pn. Siti Nurafna adalah Guru Pemulihan Khas dari SK Mendum yang akan menghadiri taklimat dan mesyuarat berkenaan.

TAKZIAH DARI WARGA SK MENDUM

Kami warga SK Mendum mengucapkan takziah dengan penuh perasaan dukacita dan simpati kepada Pn.Royanti (Pembatu Tadbir SK Mendum) dan keluarga kerana anak beliau yang masih didalam kandunganya (8 bulan)telah kembali kerahmatullah pada petang 24 April 2010, Khamis.Semoga beliau tetap tabah menempuh segala ujian dan akan diberikan pengganti yang lebih baik oleh Allah s.w.t pada masa depan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada penyumbang yang dermawan di atas sumbangan tuan puan warga SK Mendum kepada Pn. Royanti sebagai tanda simpati. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Pn.Halijatul Akmal dan Pn. Zamila yang telah sudi menjadi wakil warga SK Mendum untuk meziarahi Pn. Royanti dan menyampai salam takziah dan simpati kami.*Al-Fatihah*

Selasa, 22 Jun 2010

PERHIMPUNAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 2010


Tarikh : 26 Jun 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : Padang Majlis Perbandaran Seremban
Pakaian : Batik
Perasmian oleh : Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan(MB Negeri Sembilan)
Semua warga SK Mendum dijemput hadir . "Guru Pembina Negara Bangsa". Terima Kasih Cikgu.

TAKLIMAT e-PELAPORAN PENCAPAIAN j-QAF TAHUN 2010 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEREMBAN

Tarikh : 25 Jun 2010 (Jumaat)
Tempat : Balai Perdana PPD Seremban
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Sehubungan dengan itu pihak PPD Seremban mengarahkan Sekolah-sekolah Daerah Seremban termasuk SK Mendum menghantar penyelaras j-QAF atau wakil guru untuk menghadiri ke taklimat tersebut dengan membawa laptop dan wayar penyambung. Makan minum disediakan dan taklimat berkenaan akan dipengerusikan oleh Ustaz Khairuzzaman bin Mohd Yusof, Penolong PPD Seremban (Unit Pendidikan Islam). Seorang Jurulatih Utama ICT dari SK Mendum turut diminta hadir bagi menjayakan taklimat tersebut.

Ahad, 20 Jun 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Sesi Persekolahan Penggal ke dua tahun 2010 akan bermula pada hari Isnin,21 Jun 2010. Semua warga SK Mendum akan kembali ke sekolah esok. Selamat kembali ke sekolah.

Isnin, 14 Jun 2010

GURU BESAR SK MENDUM BERKURSUS


Tarikh : 14 - 17 Jun 2010
Hari : Isnin - Khamis
Tempat : Institut Aminuddin Baki, Genting Highland

Guru Besar SK Mendum, En.Kamaruzaman b. Hj Hussin akan menghadiri kursus di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland bermula 14 Jun sehingga 16 Jun 2010. Selamat berkursus buat Guru Besar SK Mendum.

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!


Seluruh warga SK Mendum melahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada En. Airul Anuar b. Abdul Aziz, GPK Hem SK Mendum dan isteri kerana telah selamat menyambut kelahiran puteri sulong pada jam 1.45 pagi hari Isnin di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Kami mendoakan semoga keluarga tuan dan puan sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t. Tahniah.

Rabu, 9 Jun 2010

MESYUARAT PENYELARASAN LAPORAN PROGRAM j-QAF TAHUN 2010

Tarikh : 21 Jun 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Seremban

Sektor Pendidikan Islam akan mengadakan mesyuarat tersebut bagi tujuan memantapkan perlaksanaan Program j-QAF di seluruh daerah. Seorang Guru Pendidikan Islam SK Mendum telah dilantik sebagai Jurulatih Utama ICT / e-Pelaporan Program j-QAF dan diminta hadir ke mesyuarat tersebut dengan membawa lap top dan bahan-bahan yang berkaitan pelaporan tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Yusri bin Mohd Akhir (Penolong Pengarah j-QAF JPNS).

HARI TERBUKA SK MENDUM 1/2010

Tarikh : 23 Jun 2010
Hari : Rabu
Masa : 10.35 pagi - 1.05 petang
Para penjaga murid-murid dijemput hadir ke SK Mendum untuk menandatangani rekod kemajuan pelajar setelah para pelajar menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Para penjaga boleh bertemu dengan Guru Kelas yang berkenaan seterusnya boleh berbincang berkaitan kemajuan pelajaran anak-anak dengan guru-guru.

Jumaat, 4 Jun 2010

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR DUN LENGGENG 2010

Tarikh : 14 - 16 Jun 2010
Hari : Isnin - Rabu
Tempat :Kem Perkasa,Mantin (Kem PLKN)
Anjuran : YB ADUN LENGGENG
Program yang dianjurkan oleh YB ADUN Lenggeng adalah program persediaan bagi pelajar-pelajar tahun 6 di DUN Lenggeng yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Semoga dengan menghadiri program ini, para pelajar dapat menduduki UPSR dengan yakin seterusnya meningkatkan lagi pencapaian UPSR seluruh DUN Lenggeng.Setiap sekolah akan menghantar 10 orang peserta menyertai program ini. Begitu juga SK Mendum akan menghantar 10 orang pelajar sebagai peserta.En. Ab Razak bin Karimon dari SK Mendum adalah guru yang bertugas menguruskan para pelajar SK Mendum yang menyertai program ini. Terima kasih cikgu.

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN UPSR & SELAMATKAN GAZA

Tarikh : 04 Jun 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Surau SK Mendum
Majlis ini diketuai oleh Guru Pendidikan Islam dan disertai para pelajar tahun 6. Majlis ini dimulai dengan solat hajat beserta bacaan qunut nazilah dan diakhiri dengan bacaan surah Yassin. Para pelajar diingatkan supaya mendoakan perkara kebaikan untuk diri sendiri dan umat Islam seluruh dunia terutamanya rakyat Palestin serta mendoakan kemusnahan keatas Israel laknatullah.Semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Para pelajar diingatkan juga agar memboikot barangan buatan dan keluaran Israel sebagai jalan memberi tekanan kepada Israel. Itu adalah salah satu cara jihad mudah bagi membantu Palestin dari terus ditindas oleh Israel sebelum kita melaksanakan berjihad yang lebih besar.

KELAS TAMBAHAN MUSIM CUTI TAHUN 2010

Tarikh : 07 - 10 Jun 2010
Hari : Isnin - Khamis
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Kelas Tahun 5 & 6
Kelas tambahan dihadiri para pelajar Tahun 5 & 6 SK Mendum. Matapelajaran Teras(Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains) akan diajar sepanjang kelas tambahan tersebut dijalankan. Selamat berjaya.

PERHIMPUNAN KHAS CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA TAHUN 2010


Tarikh : 4 Jun 2010
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi - 8.10 pagi
Tempat : Lorong Khas SK Mendum
Pehimpunan ini diadakan bagi menyampaikan pesanan dan maklumat kepada para pelajar berkaitan aktiviti yang akan diadakan oleh pihak sekolah sepanjang cuti persekolah bermula 05 Jun - 20 Jun 2010. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang cuti persekolahan tersebut ialah Kelas Tambahan Tahun 5 & 6 serta Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR DUN Lenggeng. Para pelajar juga diingatkan supaya menjaga keselamatan diri serta mengisi cuti tersebut dengan aktiviti yang bermanfaat. Selamat bercuti.

Selasa, 1 Jun 2010

MESYUARAT GURU BESAR LUAK LENGGENG TAHUN 2010

Tarikh : 3 Jun 2010
Hari : Khamis
Tempat : Perpustakaan SK Mendum
Mesyuarat ini melibatkan semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan , Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang ada di DUN Lenggeng atau dikenali juga sebagai Luak Lenggeng. SK Mendum telah dipilih menjadi tuan rumah pada mesyuarat kali ini. Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh En.Kamaruzaman b. Hj Hussin, Guru Besar SK Mendum.