Jumaat, 22 Oktober 2010

AL-FATIHAH





Tarikh : 23 Oktober 2010 (Sabtu)

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Muhammad Ridhwan, murid Tahun 1 SK Mendum yang telah kembali kerahmatullah malam tadi di wad ICU setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ucapan takziah buat keluarga allahyarham. Semoga tetap sabar dan tabah dalam menempuh dugaan yang amat berat daripada Allah s.w.t.
------AL-FATIHAH-------

MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SK MENDUM 2010







Tarikh : 22 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12.05 tengahari
Tempat : Padang SK Mendum & Dewan SK Mendum
Aturcara Majlis :
1.Sarapan Pagi
2.Acara Padang
3.Jamuan KFC
4.Penyampaian Hadiah



Keputusan :
1. Galah Adang :
-Johan : Kumpulan Alpha
-Naib Johan : Kumpulan Arif
-Ketiga : Kumpulan Al-Farabi


2. Baling Selipar :
-Johan : Kumpulan Beta
-Naib Johan : Kumpulan Al-Farabi
-Ketiga : Kumpulan Arif


3. Bowling Kelapa :
-Johan : Kumpulan Al-Farabi
-Naib Johan : Kumpulan Charlie
-Ketiga : Kumpulan Ferrari


*Tokoh Kanak-kanak SK Mendum Tahun 2010:
-Amira Shyuhada bt. Eddy Barkley Fatani

*********Ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut***********

Selasa, 19 Oktober 2010

KEJOHANAN FUTSAL PERINGKAT DAERAH PIALA PENGARAH PELAJARAN MSSM SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SEREMBAN BARAT





Tarikh : 19 Oktober 2010 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SK Dato' Klana Putra

Pasukan Lelaki 12 Tahun SK Mendum hanya layak ke peringkat suku akhir. SK Mendum gagal meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya.

-Suku Akhir 1 Kategori Lelaki 12 Tahun : SK Mendum (0) - (4) SK Mantin.

Manakala SK Kompleks KLIA telah berjaya menjadi johan bagi kejohanan ini bagi Kategori Lelaki 12 Tahun. SK Kompleks KLIA telah menewaskan SK Mantin di peringkat akhir dan akan mewakili Daerah Seremban Barat ke peringkat negeri.

-Perlawan Akhir Kategori Lelaki 12 Tahun: SK Kompleks KLIA (4) - (1) SK Mantin.


SK Kompleks KLIA juga telah berjaya menjadi johan bagi kejohanan ini bagi Kategori Perempuan 12 Tahun, SK Kompleks KLIA telah menewaskan SK Taman Semarak di peringkat akhir dan akan mewakili Daerah Seremban Barat ke peringkat negeri.

-Perlawan Akhir Kategori Perempuan 12 Tahun: SK Kompleks KLIA (2) - (1) SK Mantin.

Isnin, 18 Oktober 2010

KEJOHANAN FUTSAL PERINGKAT DAERAH PIALA PENGARAH PELAJARAN MSSM SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SEREMBAN BARAT





Tarikh : 18 Oktober 2010 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SK Dato' Klana Putra, Lenggeng

Kategori : Lelaki 12 Tahun
Kumpulan B:
B1. SK Sg Machang, Lenggeng
B2. SJK (C) Shin Ming, Labu
B3.SK Mendum, Lenggeng


Keputusan :
1. SK Sg. Machang, Lenggeng (7) lawan (0) SJK (C) Shin Ming, Labu
2. SJK (C) Shin Ming, Labu (0) lawan (0)SK Mendum, Lenggeng
3. SK Sg. Machang, Lenggeng (1) lawan (2) SK Mendum, Lenggeng

-SK Mendum: menang (1), seri (1),kalah (0), jaringan (2), bolos (1), mata (4)
-SK Sg. Machang : menang (1), seri (0), kalah (1), jaringan (8), bolos (1), mata (3)
-SJK(C)Shin Ming, Labu : menang (0), seri (0), kalah (2),jaringan (0),bolos (7), mata (0)


*SK Mendum layak ke suku akhir


Kategori : Perempuan 12 Tahun
Kumpulan D:
D1. SK Mendum, Lenggeng
D2. SK Dato' Klana Putra Lenggeng
D3. SK Taman Semarak, Bandar Baru Nilai

Keputusan :
1. SK Mendum, Lenggeng (0) lawan (3) SK Dato' Klana Putra, Lenggeng
2. SK Mendum, Lenggeng (0) lawan (5) SK Taman Semarak, Bandar Baru Nilai
3. SK Taman Semarak, Bandar Baru Nilai (0) lawan (0) SK Dato' Klana Putra, Lenggeng

-SK Taman Semarak: menang (1), seri (1), kalah (0), jaringan (5), bolos (0), mata (4)
-SK Dato' Klana Putra: menang (1), seri (0), kalah (1), jaringan (3), bolos (1), mata (4)
-SK Mendum: menang (0), seri (0), kalah (2), jaringan (0), bolos (8), mata (0)
*SK Taman Semarak & SK Dato' Klana Putra layak ke suku akhir.

Sabtu, 16 Oktober 2010

PERHIMPUNAN KEBANGSAAN GURU 1 MALAYSIA




Tarikh : 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Peserta : 20 000 orang guru dari seluruh negara.
Wakil SK Mendum :
1.En. Ab Razak b. Karimon
2.En. Abdul Khalik bin Nordin
3.Pn. Shawarillah bt. Sabtu
4.Pn. Yeow
Tempat & masa berkumpul : SMK Dato' Klana Putra, Lenggeng / 6.30 pagi

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL 4/2010




Tarikh : 14 Oktober 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK Kg. Daching
Penyertaan :
1.SK Kg. Daching (Pasukan Lelaki & Perempuan)
2.SK Ulu Beranang (Psukan Lelaki & Perempuan)
3.SK Dato' Klana Putra (Pasukan Lelaki & Perempuan)
2.SK Mendum (Pasukan Lelaki & Perempuan)

Perlawan persahabatan ini adalah persiapan menghadapi Kejohanan Futsal Piala Pengarah JPNS Peringkat Daerah Seremban Barat yang akan diadakan pada 18 Oktober 2010 (Isnin) di SK Dato' Klana Putra, Lenggeng. Kejohanan ini juga adalah aktiviti bagi para pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 setelah selesai menghadapi UPSR dan PMR. Kejohanan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL 3/2010




Tarikh : 13 Oktober 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK Sg. Machang
Penyertaan :
1.SK Sg. Machang (Pasukan Lelaki & Perempuan)
2.SK Mendum (Pasukan Lelaki & Perempuan)

Perlawan persahabatan ini adalah persiapan menghadapi Kejohanan Futsal Piala Pengarah JPNS Peringkat Daerah Seremban Barat yang akan diadakan pada 18 Oktober 2010 (Isnin) di SK Dato' Klana Putra, Lenggeng. Kejohanan ini juga adalah aktiviti bagi para pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 setelah selesai menghadapi UPSR dan PMR. Kejohanan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Jumaat, 8 Oktober 2010

PERJUMPAAN GURU SK MENDUM

Tarikh : 08 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Pusat Sumber Sekolah SK Mendum

Agenda :
1.Perhimpunan Guru 1 Malaysia
Tarikh: 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat:Stadium Putra Bukit Jalil
Guru Yang Mewakili SK Mendum :
i.En.Abdul Khalik bin Nordin
ii.En. A.Razak b. Karimon
iii.Pn.Shawarillah bt. Sabtu
iv.Pn.Yeow
**************************************************
2.Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010
Tarikh : 16 November 2010 (Selasa)
-Anugerah UPSR 2010 akan diadakan pada Mesyuarat Agung PIBG SK Mendum dalam bulan Mac 2011.
**************************************************
3.Minggu Bahasa perlu diadakan sebagai aktiviti selepas peperiksaan.
**************************************************
4.Majlis Khatam Al-Qur'an Program j-QAF Kohort 2005
Tarikh : 11 November 2010 (Khamis)
Tempat : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai
**************************************************
5.Aktiviti Lawatan Tahun 6.
Tarikh cadangan : 30-31 Oktober 2010.
Penyertaan terbuka kepada semua guru dan para pelajar Tahun 6.

MESYUARAT TEKNIK KEJOHANAN FUTSAL PIALA PENGARAH PELAJARAN JPNS

Tarikh : 08 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban

En.Kamaruzaman b. Hj Hussin , Guru Besar SK Mendum akan menghadiri mesyuarat bagi pihak SK Mendum. Sebarang maklumat akan beliau sampaikan kepada Pengurus dan Pengiring Pasukan Futsal SK Mendum untuk tindakan selanjutnya.

Khamis, 7 Oktober 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL 2/2010




Tarikh : 07 Oktober 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK Ulu Beranang
Penyertaan :
1.SK Kg. Daching (Pasukan Lelaki & Perempuan Tahun 6)
2.SK Dato' Klana Putra (Pasukan Lelaki & Perempuan Tahun 6)
3.SK Mendum (Pasukan Lelaki & Perempuan Tahun 6)
4.SK Ulu Beranang (Pasukan Lelaki & Perempuan Tahun 6)

Perlawanan persahabatan diadakan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Futsal Piala Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan. Kejohanan diadakan bertujuan mengisi masa senggang selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL 1/2010




Tarikh : 06 Oktober 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK Dato' Klana Putra, Lenggeng
Penyertaan :
1.SK Kg. Daching (Pasukan Lelaki & Perempuan Tahun 6)
2.SK Mendum (Pasukan Perempuan Tahun 6)
3.SK Dato' Klana Putra (Pasukan Lelaki & Perempuan Tahun 6)

Perlawanan persahabatan ini diadakan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Futsal Piala Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Kejohanan ini diadakan bertujuan mengisi masa senggang selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sabtu, 2 Oktober 2010

PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2010



Tarikh : 4 - 7 Oktober 2010 (Isnin - Khamis)

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2010 akan dijalankan seperti ketetapan di atas serentak seluruh negara.Seramai 12 orang pelajar Tahun 5 SK Mendum akan menduduki peperiksaan tersebut. Selamat menjawab.

PENGAMBILAN SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN UPKK 2010

Tarikh : 01 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Unit KAFA, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

Semua guru pengawas UPKK 2010 dikehendaki mengambil soalan UPKK seperti ketetapan tersebut. Guru Pengawas UPKK 2010 akan mengambil soalan bagi sekolah dimana mereka akan bertugas.

Khamis, 30 September 2010

MAJLIS TAKLIMAT GURU PENGAWAS UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2010

Tarikh : 29 September 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Sekolah Agama Rakyat As-Saidiyyah

Majlis tersebut diadakan bagi semua guru KAFA/KAP Tahun 5 seluruh Negeri Sembilan yang akan mengawasi perjalanan UPKK 2010 seterusnya menjadi guru penilai bagi menilai jawapan para calon UPKK 2010 yang akan berlangsung mulai 4 - 7 Oktober 2010 (Isnin - Khamis) ini. Guru Pengawas UPKK 2010 akan mengawasi calon-calon UPKK dari sekolah-sekolah lain yang berhampiran dengan sekolah Guru Pengawas sendiri seperti yang telah ditetapkan oleh Penyelia KAFA Daerah masing-masing. Guru Pengawas UPKK dari SK Mendum ditugaskan mengawasi perjalanan UPKK di SK Dato' Klana Putra. Manakala Guru Pengawas UPKK dari SK Dato' Klana Putra akan mengawasi perjalanan UPKK di SK Mendum. Selamat menjalankan tugas.

MAJLIS SAMBUTAN EIDULFITRI SK MENDUM 1431H / 2010







Tarikh : 29 September 2010 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SK Mendum
Anjuran : SK Mendum / PIBG SK Mendum / KAFA SK Mendum

Jemputan :
1.Tuan Mustaffa bin Salim, YB ADUN Kawasan Lenggeng
2.En.Azman b. Mat Zain, Unit Disiplin PPD Seremban
3.Ketua Balai Polis Lenggeng
4.Ketua-ketua Kampung / JKK Mukim Lenggeng
5.Datuk-datuk Adat
6.Kontraktor-kontraktor
7.Ibu bapa penjaga para pelajar SK Mendum

Aturcara Majlis :
-10.50 pagi :Ketibaan jemputan
-11.00 pagi :Ketibaan Tuan Mustaffa bin Salim, YB ADUN Kawasan Lenggeng
-11.10 pagi :Ucapan alu-aluan pengerusi mailis
Ucapan YDP PIBG SK Mendum
Ucapan Guru Besar SK Mendum
Ucapan Tuan Mustaffa bin Salim, YB ADUN Kawasan Lenggeng
Persembahan para pelajar
Jamuan
Penyampaian Hadiah Minggu Kemerdekaan
-12.30 tengahari : Bersurai

PENGAMBILAN SOALAN PEPERIKSAAN TADARUS DAN HAFAZAN AL-QURAN (LISAN) BAGI UPKK 2010

Tarikh : 28 September 2010 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Unit KAFA, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NSDK

Sehubungan dengan itu pihak JHEAINSDK telah meminta wakil pengurusan SK Mendum hadir ke Unit KAFA, JHEAINSDK untuk mengambil soalan tersebut seperti ketetapan diatas. Pihak pengurusan SK Mendum telah mengarah Ustaz Abdul Khalik bin Nordin yang merupakan guru KAFA/KAP Tahun 5, SK Mendum untuk menguruskan pengambilan soalan tersebut. Semua urusan berkenaan telah selesai diurusan oleh guru berkenaan seperti ketetapan.

Jumaat, 24 September 2010

IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA & TAMIL DAERAH SEREMBAN KALI KE-2 TAHUN 2010/1431H

Tarikh : 25 September 2010 / 16 Syawal 1431H (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SJKC Kg. Seri Sikamat
Perasmian Penutup : Yang Berbahagia Tuan Haji Musa bin Abdullah
(Pegawai Pelajaran Daerah Seremban)

Acara :
1.Tilawah Al-Qur'an (L&P)
2.Hafazan (L&P)
3.Jawi Tahap 1 (L&P)
4.Jawi Tahap 2 (L&P)
5.Kuiz (T)
6.Azan & Iqamah (L)

Ustaz Abdul Khalik bin Nordin (Guru Pendidikan Islam SK Mendum) telah dilantik sebagai Hakim Hafaz & Lancar bagi acara Hafazan (P). Semoga program seperti ini dapat diteruskan masa-masa akan datang.

Rabu, 22 September 2010

MESYUARAT PENYELIA KAWASAN, KETUA PENGAWAS & PENGAWAS UPSR




Tarikh : 20 September 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi

Tiga orang guru SK Mendum telah dilantik menjadi Pengawas Peperiksaan UPSR Tahun 2010 yang akan berjalan pada 21 - 23 September 2010 (Selasa - Khamis). Guru-guru yang terlibat ialah :
1. En. Abdul Khalik bin Nordin - SJKT Ldg Cairo, Mantin
2. Pn. Nor Afizah bt. Kamal Basah - SJKC Yu Chai, Ulu Beranang
3. Pn. Siti Nurafna bt. Muhammad Ridhwan - SK Ulu Beranang, Lenggeng
Mereka telah menghadiri Mesyuarat Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas & Pengawas untuk menerima arahan dan taklimat peperiksaan bagi memudahkan mereka menjalankan tugas di sekolah-sekolah yang ditetapkan.

TAKZIAH BUAT EN.AIRUL ANUAR BIN ABDUL AZIZ & KELUARGA



Tarikh : 20 September 2010 (Isnin)

Takziah buat En. Airul Anuar bin Abdul Aziz & keluarga (GPK HEM SK Mendum)di atas kembali ke rahmtullahnya anak perempuan beliau yang berusia 3 bulan.Beberapa orang guru SK Mendum telah berkesempatan menziarahi beliau dan keluarga ketika masih lagi berada di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sehinggalah selesai majlis pengkebumian kira-kira jam 9.30 malam di Tanah Perkuburan Paroi, Seremban.Semoga beliau & keluarga tabah menghadapi ujian Allah yang amat besar ini. Kami mendoakan kesejahteraan beliau sekeluarga.

TEMBOK PAGAR SK MENDUM ROBOH



Tarikh :16 September 2010 (Khamis)

Tembok pagar SK Mendum bersebelahan pondok pengawal keselamatan dipintu utama SK Mendum roboh disebabkan air naik bertakung disebelah luar tembok selepas hujan lebat turun dalam masa yang agak lama. Pondok pengawal keselamatan juga rosak dihempap serpihan tembok yang roboh. Cermin bilik pengawal keselamatan pecah bederai manakala pintu kopak. Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian ini.