TARIKH : 26 OGOS 2011
MASA : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT : DEWAN SK MENDUM
AKTIVITI :
1.KHATAM AL-QUR'AN
2.TAHLIL RAMADHAN & KEMERDEKAAN
3.UCAPAN EIDULFITRI & BERMAAFAN (Guru-guru & para pelajar)
Tarikh / Hari : 21 Julai 2011 / Khamis Masa : 7.45 pagi - 10.15 pagi Tempat : Padang SK Mendum Acara : 1. tarik bola dengan gelung rotan 2. lari ikat kaki berpasangan 3. lari pakai kain pelikat berpasangan 4. lari bawa bola ping pong guna sudu 5. lari tiup belon 6. skipping
TARIKH : 2 JULAI 2011 (SABTU) MASA : 7.00 pagi - 11.00 pagi TEMPAT : PADANG SK MENDUM & LALUAN TREK MERENTAS DESA SEKITAR MENDUM PELANCARAN : EN. ABDUL RAHMAN B. MANAN (YDP PIBG SK MENDUM)
TENTATIF PROGRAM :
7.00 pagi :
PENDAFTAR PESERTA
BACAAN DOA
AKTIVITI MEMANASKAN BADAN
7.45 pagi :
PELEPASAN PESERTA LARIAN OLEH YDP PIBG SK MENDUM
8.45 pagi :
PERLAWAN BOLA TAMPAR ANTARA PARA PELAJAR, GURU-GURU & AJK PIBG
Tarikh : 31 Mac 2011 Hari : Khamis Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang Peserta : -37 orang pelajar -6 orang guru Lokasi lawatan : -Pusat Sains Negara -Muzium Negara -Planetrium Negara -Masjid Putra, Putra Jaya
Pasukan bola sepak SK Mendum telah menyertai Kejohanan Bola Sepak peringkat Daerah Seremban 1 yang berlangsung di SK Seri Kelana. Pasukan SK Mendum diletakkan dalam Kumpulan A bersama pasukan SK Seri Kelana, SK Pantai dan SJKT Ladang Kirby. Keputusan perlawanan : SK Mendum lwn SJKT Ladang Kirby ( 9 - 0 ) SK Mendum lwn SK Seri Kelana ( 1 - 3 ) SK Mendum lwn SK Pantai ( 0 - 2 ) Pasukan SK Mendum menduduki tempat ketiga peringkat kumpulan. Hanya johan dan naib johan kumpulan yang layak ke pusingan kedua. Walaupun tidak layak ke pusingan kedua, Pasukan SK Mendum yang kebanyakannya diwakili murid Tahun 4 dan 5 telah menunjukkan permainan yang membanggakan. Tahnian diucapkan. Usaha lagi pada tahun hadapan.
Sekolah Kebangsaan Mendum telah menghantar dua orang murid iaitu Humaira binti Abdul Hamid dan Nurin Nabila binti Norazizan masing-masing mewakili Tahap 1 dan Tahap 2 untuk menyertai Pertandingan Mengarang Bahasa Melayu Daerah Seremban 1 yang diadakan di SK Desa Cempaka, Nilai. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 26 Mac 2011 (Sabtu).
Humaira binti Abdul Hamid telah memenangi hadiah saguhati bagi kategori Tahap 1 manakala Nurin Nabila binti Norazizan sekadar membawa pulang Sijil Penyertaan bagi kategori Tahap 2. Humaira telah membawa pulang hadiah berupa sebuah Plak dan Sijil Pemenang.
Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan ini. Pihak sekolah juga berharap agar kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
Tahniah diucapkan kepada adik Nurazriqka binti Mohd Zabri kerana telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam Pertandingan Bercerita Tahap 2 peringkat Daerah Seremban 1 yang telah diadakan di SK Pendidikan Khas, Seremban. Namun beliau hanya memperoleh hadiah saguhati. Tahniah juga kepada guru pengiring iaitu Puan Shawarillah binti Sabtu dan semua warga SK Mendum atas pencapaian yang membanggakan ini. Warga sekolah juga mengucapkan tahniah kepada Humaira binti Abdul Hamid atas penyertaan beliau dalam Pertandingan Bercerita Tahap 1.Hadiah telah disampaikan oleh Encik Rosni Bin Pilus, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Seremban. Teruskan kecemerlangan anda.