Sabtu, 18 Jun 2011

MESYUARAT / TAKLIMAT LARIAN 1 MURID 1 SUKAN








Tarikh : 13 Jun 2011
Tempat : SK Puteri
Masa : 2.30 petang

KURSUS JURULATIH 1MURID 1 SUKAN DAERAH SEREMBAN TAHUN 2011






Tarikh : 14 - 16 Jun 2011 (Selasa - Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : SM Sains Tuanku Munawir, Seremban

Guru SK Mendum Yang Terlibat :
1.En.Ab Razak bin Karimon
2.En.Abdul Khalik bin Nordin
3.Pn.Siti Nurafna bt. Muhammad Redwan

TAKLIMAT ePELAPORAN j-QAF TAHUN 2011



TARIKH : 14 JUN 2011 (SELASA)
MASA : 8.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : PKG MAMBAU

GURU SK MENDUM YANG TERLIBAT :
1.PN. ZALINA BT. MUHAMMED NAWI
2.EN.ABDUL KHALIK BIN NORDIN

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI GURU-GURU AGAMA NEGERI SEMBILAN 2011M/1432H




TARIKH : 16 JUN 2011M /14 REJAB 1432H
MASA : 4.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN (MPS)
TEMA : GURU AGAMA PENJANA TRANSFORMASI NEGARA
PERASMIAN OLEH :
Y.B DATO' HAJI RAZAK BIN MANSOR
D.S.N.S., J.P., P.M.C., P.J.K.,
YANG DIPERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


GURU SK MENDUM YANG TERLIBAT :
1.EN. AHMAD ZAIDI BIN MAT ZAKI
2.EN. ABDUL KHALIK BIN NORDIN
3.PN. ZALINA BT. MUHAMMED NAWI

Selasa, 3 Mei 2011

LAWATAN KE KUALA LUMPUR




Tarikh : 31 Mac 2011
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Peserta :
-37 orang pelajar
-6 orang guru
Lokasi lawatan :
-Pusat Sains Negara
-Muzium Negara
-Planetrium Negara
-Masjid Putra, Putra Jaya

MESYUARAT AGUNG PIBG SK MENDUM KALI KE 34




TARIKH : 05 MAC 2011
HARI : SABTU
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK MENDUM

Khamis, 31 Mac 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD DAERAH SEREMBAN 1

Pasukan bola sepak SK Mendum telah menyertai Kejohanan Bola Sepak peringkat Daerah Seremban 1 yang berlangsung di SK Seri Kelana. Pasukan SK Mendum diletakkan dalam Kumpulan A bersama pasukan SK Seri Kelana, SK Pantai dan SJKT Ladang Kirby. Keputusan perlawanan : SK Mendum lwn SJKT Ladang Kirby ( 9 - 0 ) SK Mendum lwn SK Seri Kelana ( 1 - 3 ) SK Mendum lwn SK Pantai ( 0 - 2 ) Pasukan SK Mendum menduduki tempat ketiga peringkat kumpulan. Hanya johan dan naib johan kumpulan yang layak ke pusingan kedua. Walaupun tidak layak ke pusingan kedua, Pasukan SK Mendum yang kebanyakannya diwakili murid Tahun 4 dan 5 telah menunjukkan permainan yang membanggakan. Tahnian diucapkan. Usaha lagi pada tahun hadapan.

Ahad, 27 Mac 2011

PERTANDINGAN MENGARANG BAHASA MELAYU (SK) DAERAH SEREMBAN 1



Sekolah Kebangsaan Mendum telah menghantar dua orang murid iaitu Humaira binti Abdul Hamid dan Nurin Nabila binti Norazizan masing-masing mewakili Tahap 1 dan Tahap 2 untuk menyertai Pertandingan Mengarang Bahasa Melayu Daerah Seremban 1 yang diadakan di SK Desa Cempaka, Nilai. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 26 Mac 2011 (Sabtu).

Humaira binti Abdul Hamid telah memenangi hadiah saguhati bagi kategori Tahap 1 manakala Nurin Nabila binti Norazizan sekadar membawa pulang Sijil Penyertaan bagi kategori Tahap 2. Humaira telah membawa pulang hadiah berupa sebuah Plak dan Sijil Pemenang.

Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan ini. Pihak sekolah juga berharap agar kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

TAHNIAH!


Rabu, 2 Mac 2011

TAHNIAH



Tahniah diucapkan kepada adik Nurazriqka binti Mohd Zabri kerana telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam Pertandingan Bercerita Tahap 2 peringkat Daerah Seremban 1 yang telah diadakan di SK Pendidikan Khas, Seremban. Namun beliau hanya memperoleh hadiah saguhati. Tahniah juga kepada guru pengiring iaitu Puan Shawarillah binti Sabtu dan semua warga SK Mendum atas pencapaian yang membanggakan ini. Warga sekolah juga mengucapkan tahniah kepada Humaira binti Abdul Hamid atas penyertaan beliau dalam Pertandingan Bercerita Tahap 1.Hadiah telah disampaikan oleh Encik Rosni Bin Pilus, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Seremban. Teruskan kecemerlangan anda.

Ahad, 2 Januari 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, SESI 2011





SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2011.
TARIKH : 3 JANUARI 2011 (ISNIN)

Sabtu, 20 November 2010

MESYUARAT GURU SK MENDUM 4/2010




Tarikh : 19 November 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : PSS SK Mendum
Agenda :
1.Ucapan Pengerusi Mesyuarat (Guru Besar SK Mendum)
2.Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3.Perkara-perkara berbangkit.
4.Ucapan Guru Penolong Kanan Kurikulum
5.Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
6.Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
7.Hal-hal lain.

CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2010




Tarikh : 20 November 2010 (Sabtu) - 03 Januari 2011 (Ahad)

##### SELAMAT BERCUTI, RANCANGLAH SERTA LAKSANAKAN AKTIVITI BERFAEDAH SEPANJANG CUTI & JAGA KESELAMATAN DIRI #####

JAMUAN TAHUN 6, 2010




Tarikh : 19 November 2010 (Jumaat)
Masa : 12.05 petang
Tempat : Kelas Tahun 6, 2010
Jemputan : Semua guru SK Mendum
Tentatif Program:
1.Ucapan Pengerusi Majlis
2.Ucapan Ketua Kelas
3.Bacaan Doa
4.Menjamu Selera
5.Penyampaian Cenderamata
6.Bersalaman semua pelajar Tahun 6, 2010 dengan semua guru

Jumaat, 19 November 2010

EIDUL ADHA 1431H/2010




Tarikh : 17 November 2010 (Rabu)
Eidul Adha 1431H/2101 : Cuti Umum

Tarikh : 18 November 2010(Khamis)
Cuti Khas Eidul Adha 1431H/2010 SK Mendum

---SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN & SELAMAT MENJALANI IBADAH QURBAN---

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SK MENDUM TAHUN 2010





Tarikh : 16 November 2010 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan SK Mendum
Dirasmikan oleh : YB Tuan Mustafa b. Salim (ADUN Kawasan Lenggeng)

SEMINAR PROFESIONALISME GURU DAN ADAT PERPATIH




Tarikh : 15 November 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : SMA Sains Kuala Pilah
Guru SK Mendum yang Terlibat :
1.En.Ahmad Zaidi b. Mat Zaki
2.En.Abdul Khalik bin Nordin
3.Pn.Zalina bt. Muhammed Nawi


BAHAGIAN Pelajaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan Seminar Prfesionalisme Guru dan Adat Perpatih bertempat di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ia melibatkan guru-guru Maahad Ahmadi, ITQAN, SMASKP serta seluruh guru KAFA Negeri Sembilan.
Seminar yang bermula dengan pembentangan berkenaan Amal Guru oleh Yang Berbahagia Dr Hasnan bin Kasan, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian diikuti oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dato Paduk Rosli, Ketua Jabatan Sastera, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dr Rosli menyentuh berkenaan Adat Perpatih.
Kemudian majlis penutup disempurnakan oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad b Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Berucap pada majlis penutup, beliau mengucapkan tahniah kepada kira-kira 1400 warga pendidik SMAN, SAR dan KAFA diatas tanggungjawab dan budi yang ditabur dalam mendidik anak bangsa khususnya dalam bidang keagamaan.
Beliau menyeru kepada seluruh warga pendidik agar bersama Kerajaan Negeri untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu dan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan terbilang.

Isnin, 15 November 2010

SEMINAR SEHARI GPK KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH NEGERI SEMBILAN





Tarikh : 11 November 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Auditorium Institut Latihan Perindustrian Pedas, Rembau

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN PROGRAM j-QAF/KAP 2010







Tarikh : 11 November 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Stadium Tertutup Nilai, Bandar Baru Nilai

MESYUARAT PENYELARASAN LAPORAN j-QAF PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2010




Tarikh : 08 November 2010 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Ampangan

MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM DAERAH SEREMBAN TAHUN 2010




Tarikh : 09 November 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : SK Seremban Jaya
Penglibatan : Semua GPK Kokurikulum Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) Daerah Seremban.
Tentatif :
1. Masa : 8.30 pagi - 12.30 petang
Tajuk : Pengurusan Fail Kokurikulum
Penceramah : En.Mohd Ridwan bin Idris ((Pen.PPD Tampin)

2.Masa : 2.00 petang - 3.00 petang
Tajuk : Taklimat Pengurusan Wang Kokurikulum
Penceramah : Unit Koko, PPD Seremban

3.Masa : 3.30 petang - 4.30 petang
Tajuk : Taklimat / Semakan (10% markah Koku - SM / Pengenalan 10% markah Koku - SR
Penceramah : Unit Koko, PPD Seremban